Cita2 untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun bermula sejak saya mengambil kelas Bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa saya masih di peringkat sarjana muda.
| Buku teks untuk "Beginner level 1 and 2" |
Hurmm...
Niat asal mahu belajar Bahasa Mandarin bertukar pula ke Bahasa Jepun sebab susahnya Bahasa Mandarin tu.. bayangkan, menyebut perkataan "ma" pun sampai ada 4 cara (4 tone berbeza).. kalau silap2 sebut, "mak" boleh jadi "kuda"... =)..
Macam biasa, ambil subjek mesti nak lulus. Ambil subjek bahasa mesti ada ujian "speaking", "written" dan "listening".
Oleh sebab tu, tak jadilah ambil Mandarin.
Takut gagal pula nanti.. kan tak pasal2 turun CGPA..
Mujurlah masa tu masih ada kekosongan untuk belajar Bahasa Jepun (にほんご = nihongo).. Masuk je kelas pertama, saya "ketaq" la juga melihatkan "sensei" yang tinggi dan agak2 besar tu..
En. Redzuan Alif namanya.. tapi "sensei" cakap namanya kalau di Jepun, orang panggil "Arif" sebab "syllables" dalam "nihongo" tak ada "li" ada "ri" (リ) saje.. tu pasal dari "Alif" jadi "Arif" (アリフ).
Nak dijadikan cerita pasal "sensei" saya ni, dialah yang sebenarnya menanamkan cita2 untuk saya pergi ke Jepun. Dalam setiap kuliah, dia mesti cerita pengalamannya semasa belajar di Jepun.
Cerita tentang budaya masyarakat Jepun, cerita tentang perangai pelajar2 Malaysia di Jepun, dan macam2 lagi..
Mesti dia tak sedar, ada seorang "student" yang sangat kagum dengan cerita2 dia tu.
| Hihihi.. Tengoklah tulisan Jepun saya tu.. yang sebelah kiri ye.. yang kanan tu printed.. =P |
Dalam bayak2 cerita "sensei" ada satu cerita yang benar2 terkesan di hati saya sehingga saya meyakini bahawa itulah impian saya.
Saya masih ingat, pada kelas terakhir kami, "sensei" bawa seorang "student" nya yang baru saja balik dari Jepun.. Cerita budak tu masih "fresh".. pengalaman dia adalah pengalaman yang saya harap untuk kutip dalam hidup saya dan mudah2an dapat dipersembahkan kepada Allah sebagai ibadah saat bertemuNya nanti... Saat itu saya sangat yakin, bahawa itu impian saya.. Sejak tu, sampailah sekarang, saya masih berusaha merialisasikan cita2 saya tu... sudah 5 tahun saya usahakan..
Walau masih belum tercapai, saya akan terus usaha. InsyaAllah.. kerana dalam usaha saya, saya semakin kenal sifat Tuhan saya yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...
Terima kasih Tuhan, beri hamba cita2 dan impian..
Sensei, ありがとうございますした。。。