Wednesday, September 23, 2015

Level bahasa Jepun (raw)

Bismillah....
Ini post tentang bahasa Jepun... 

Bila org tanya "macamana ko survive dok Jepun tp xpandai ckp Jepun?".. Maybe keputusan interview dengan sensei bahasa Jepun sy aritu boleh jawab soalan tu... 

2-3 minggu lalu ada interview dengan sensei yg mengajar bahasa Jepun. Setelah berulang kali ke kelas selama 2 tahun (on dan off mengikut keterbatasan waktu disebabkan research phd), level bahasa jepun sy hanyalah ini...

"ヒダユさんのレベルは、中級の下です。

文を自分なりに作ることができます。簡単な身のまわりのことや社会生活に必要な事柄を処理できます。

次のことに気をつけましょう"

Sy di kategori kan di bawah intermediate level. Boleh buat simple ayat untuk survive.. Orang Msia biasanya akan tanya sy "ehhhh takkan lah xpandai ckp bahasa Jepun.. Kan dah duduk di Jepun 2 tahun"... 
Kalau sy ni mmg datang untuk belajar Jepun sahaja, insyaAllah pasti boleh.. Xperlu beri sy waktu terlalu lama.. Cuma 6 bulan hingga 1 tahun, beri sy waktu cuma untuk belajar bahasa di Jepun. InsyaAllah sekarang pasti dah fasih. Tapi sy masih perlu masuk lab dan buat experiment. Sy masih perlu baca dan tulis "ronbun" (research paper). Dan yg paling "tragic" (hohoho.. Poyonya!) dalam usaha belajar bahasa Jepun ni adalah bilamana sy dipanggil msuk bilik sv dan disuruh berhenti dari blajar. Ha... Jangan tak tahu. PhD students tak perlu guna bahasa Jepun untuk research dan presentation. Jadi, ada sv yg tak suka kita ambil 2-3 jam dalam seminggu untuk ke kelas bahasa pula. Bagi mereka, lebih baiklah kau duduk di meja student tu dan baca paper or masuk lab.

Psssttt.. Tapi sy degil tau. Sy pi kelas tanpa pengetahuan dia. Sy pi kelas malam.. Naik basikal 30 min.. Hurmmm macamana agaknya nak ke kelas masa winter ni ya??? Bus lambat sangat. Kediginan menantinya~ hahaha.. 

Tapi sy dapat lihat juga hasil sy belajar selama 2 tahun tu. Bila travel InsyaAllah survive kalau setakat nak faham bila kena tahan dengan polis airport, nak tanya ingredients makanan dan minta tolong strangers. Sy sudah masuk level yg mana sy bisa faham kebanyakan perkataan yg mereka tuturkan. Tapi sy masih mengalami kesukaran untuk membalas..

Jadi....
Mengambil semangat Eid-adha di airport... Berkorban apa saja... :).. Sambil dengar2 lagu jepun, tulis lah sikit di kertas dan cari maknanya~ teringat pesan kawan.. Semoga kita usahakan perkara yg sama (malah seharusnya lebih lagi) untuk hal2 akhirat juga.. Jangan lupa pula.. Itu yang lagi penting sebenarnya...


Tuesday, July 28, 2015

Terbang tunduk

Bismillah... 
Lailahailla anta, subhanaka, inni kuntu minadzholimin.. (T_T)...
Apakah kau mengira setiap kejadian itu terjadi secara kebetulan? Sungguh tiada yg namanya kebetulan... 
Tidak! Segalanya dibawah perancang Dia. Tuhan yg Maha Tinggi, Maha Mengetahui dan Bijaksana...

Usai solat subuh tadi, akal sy dihenyak persoalan jodoh dan kerjaya. Ya, persoalan tentang rezeki. Dada menjadi sempit dihentam bertubi2 dgn rasa ragu. Nyatanya emosi mendahului iman bilamana mengingatkan kegagalan lalu. Setiap penolakan, penafian atas kelayakan dan ujian-ujian lalu membisik rasa iri dan benci. Sy xsuka rasa itu.. Hati berkata, bantu aku tuhan.. Bantu aku...
Sekelip mata... Lalu Allah tarik kembali... (mengikut sebatas pengetahuan sy yg fakir)... Alhamdulillah.. Allah tarik kembali.. Allah tarik hati ini kembali... Dibisikkan "syukurlah ayu.. Syukur atas setiap penolakan dan penafian.. Syukur kerana disetiap kegagalan, kau rupanya sedang dalam pemerhatian tuhan. Hatimu sedang menjalani tarbiah agar "terbang tunduk"..

Alhamdulillah... Ya tuhan, semoga aku sentiasa menjalani kehidupan dunia mengikut kehendakmu. Tuntun aku dan jika perlu, "paksakan ku tunduk sehingga mati"..

Terima kasih sahabat

Jujur ayu, perhatikan dengan penuh rendah hati, kau memang sedang terbang tinggi.

Sedang menimbangtara pilihan berbeza. Sedang berusaha dgn sekuat kudrat pinjaman tuhan. Mohon doanya agar tuhan sentiasa memandang dengan cinta dan menuntun walau sekecil2 tindakan. Amin ya Rabb...

Saturday, June 20, 2015

Maguro Maguro...

BismillahirRahmanirRahim.. 

Ramadhan #3 ni adalah Hari yang sangat produktif bagi sy. Sy mulakan hari ke lab seperti biasa untuk sampling dan analysis. Gambar 1 itu gambar bangunan baru faculty fisheries. Cerita tentang bagaimana Jepun renovate bangunan juga boleh jadi satu entry lain. Tersangatlah kemas dan cepat. Seluruh bangunan 6 tingkat hanya ambil masa 1 thun. Dengan kami masih di dalamnya dan boleh bekerja seperti biasa. Ha hebat x org Jepun???...



Gambar ke-2 gambar cik ketam idaman. Setelah habis menge'lab', sy ke pasaraya. Saja kononnya nak beli cereals... Tapi menjenguk2 cik ketam cantik ni.. Yg ini species apa pun sy xtau sbb di hakodate ni ade bermacam2 ketam. Yg berbulu pun ada.. Yg sy teringin sangat kelmarin bersama telur2 nya itu species biasa yg kita makan di M'sia. Yg ini biasanya mereka rebus saja atau dibuat sup dan ditambah miso.. Nyum.. Nyum... wink emoticon

Seterusnya, rupa2nya di pasaraya yg sama mereka ada buat upacara memotong "maguro". Gambar 3, ikan maguro seberat 35 kg dari miyagi ken. Saje lah si "butcher" tu posing nak bagi kami tangkap gambar. Ini kali pertama sy lihat secara "live" bagaimana mereka potong ikan2 tuna yg besar2 seperti dalam tv tu. sy sorg je yg merakam.. Aiiishhh nak ceritanya, sejak 30min sebelum upacara pemotongan ikan, mereka dah announce "ni ji ni bla..bla..." (Xdapat catch-up.. Hihihi).. Upacara jam 2. Penonton gather jam 1:58 pm. Mereka bilang "ato ni fun omachikudasai" (sila tunggu lagi 2 min)... Punyalah "punctual".. Sebelum potong, mereka ramai2 tunduk hormat pada penonton. Ade sedikit "briefing" memperkenalkan ikan tersebut (hehehe), dan kemudiannya setelah dilapah, penonton bersorak dan menepun tangan. Upacara diakhiri dgn "tasting" ikan maguro fresh. Kalau xpuasa tadi mau juga sy melahapnya.. smile emoticon
Selepas tasting, mereka offer sekeping ikan maguro dgn harga ¥1000.. Kalau fresh begini biasanya mereka buat sashimi je.. Dimakan mentah bersama soy sauce. Nyum.. Nyum.. Lagi... smile emoticon

Gambar 4 dan 5, lagi tumbuhan hydroponic. Yg ini basil dgn character monyet. Rupanya dari ekor monyet tu akan bagi air kepada tumbuhan kita... Sy rasa, target pembeli dia sbenarnya adalah kanak2 tapi sy yg dah tua pun ikut tertarik. Tapi xbelilah hari ni. Malas...

Gambar terakhir, sampai kemuncak tenaga sy (hahaha), basuh cik kuning yg rantainya dh berkarat. Habis sy sental guna cuka supaya karat hilang. Kemudian diberi "lubricant".. Alhamdulillah.. Inilah kenderaan sy ke hulu ke hilir. Kalau xde cik kuning, payah juga.. Saja lah belanja selfie dgn cik kuning sbb xpernah tangkap gambar dgn dia.. 

Hari ni mmg plan xmasak. Makan saja apa yg tersisa semalam. Kemudian kakak sy bagi kek lagi.. Tengok tu, rezeki melimpah ruah.. "Maka nikmat tuhanmu yg manakah yg engkau dustakan?"...

Sekian...

Tuesday, May 26, 2015

A sister from another country

Bismillahirrahman arrahim

Ini kisah kakak yg sangat sy kasihi.. Kakak yang tiada pertalian darah dan berasal dr negara yang berbeza, namun hati kami diikat dengan tauhid yg sama. Hari ini ke rumah kakak, untuk ambil kek... kakak tanya ke sy, "ayu dapat photo dari oonishi sensei"... "photo apa kak?" tanya sy kehairanan... "ini" kata kakak sambil hulur sekeping kad warna pink. Kakak dapat hadiah kad ucapan dan gambar dari sensei di kelas Bahasa Jepun kami. 
Jujurnya, sy jeles campur sedih. Jeles sebab sy xdapat kad tu. Tapi lebih banyak sedih. Sebab ada yang tersirat di sebalik wajah kami yang gembira tu. xpelah... Sedang menguatkan hati sbab dah janji, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Dah janji dan selalu lafazkan dalam mesej2 kami, love u lillah...
"If you don't find me in Jannah then ask about me..." Surely the people of Jannah when they enter and they don't find those companions of theirs who were with them upon good in this world, they will intercede for them in front of Allah (swt) and they will say:
"Oh Rabb we have brothers and sisters who used to offer salah and fast with us, we do not see them?
Allah (swt) will say, "Go to the fire and take out any person who had even an atoms amount of emaan (faith) in his heart."
Hasan Basree said, "Have lots of believing friends because they will be able to intercede for you on the day of Qiyamah.' If you don't find me in Jannah then please ask about me..."
Sahih Bukhari 7704

Mungkin tahun ini, sy akan join nihongo speech lagi... Kalau bisa, sy mau cerita tentang kakak sy... Kakak yg sngat sy kasihi. My sister from another country.