Tuesday, November 18, 2014

The most hectic day

BismillahirRahman arRahim..

Today really is a hectic day for me. Esok nak balik M'sia tapi hari ni masih banyak kerja berbaki. Ditambah pula kerja2 baito (sebagai TA) dan memunggah barang2 lab (kerana lab nak pindah bulan December ni)... Mentally and physically exhausted. I really need a vacation and going back tomorrow is a bless.

Tapi sebenarnya yang paling memenatkan bila experiment aku yang tak seperti diharapkan. Bakteria yang sepatutnya aku hantar ke Mexico and Japan Culture Collection seolah tidak mahu bertumbuh dengan baik. Kecil sahaja koloni tidak seperti selalu. Stress sangat. 

Bacteria tu sepatutnya begini... Tapi td dia tak tumbuh sepertinya.. sedih sngat..



Semoga Allah bantu.. Letih... 

Thursday, November 13, 2014

The 48th Symposium of Vibrio and First snow

Bismillah...

Allahu.. Kepenatan setelah 2 hari menadah telinga mendengar segala latest research on Vibrio. Yang memenatkan tu bila hampir kesemua presenter adalah nihonjin dan mereka membentangkan dalam bahasa Jepun. Semalam, jam 6 petang sy dah tak berdaya lagi dah. Rasa pening dan nak muntah.. Mujur saja tak muntah...

Tapi ya, kalau tanya sy, sy bersyukur sgt dapat belajar di Jepun ni. Especially bawah seliaan sensei sy tu. Dan kalau boleh sy buat sedikit remark tentang SoV 48th yang baru sahaja berakhir hari ini, sy boleh cakap, "sugoiiiii".. Research mereka sudah mencapai satu tahap yang mana mereka sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan researchers barat... Jujur ya, research mereka hebat tanpa perlu fasih berbahasa Inggeris... Apa alasan kita untuk tidak menjadi hebat????



Gambar dalam dewan. Disebabkan sensei jadi chairman, maka kami automatically jd committee (tp sy x buat apa pun). 

Bukti lain mereka ni hebat bila salah seorang lab member sy yang kini sedang menyelesaikan D3 nya telah pun dilamar oleh sebuat institut engineering terbesar di Brazil. Allahu, hebat yang amat.. Tapi kalau kita bercakap bahasa Inggeris dengan mereka, bukan sahaja grammar hancur, malah mereka susah nak reply. Hairan ke tidak?. Tapi sy rasa Allah just create another reason for me to be great. Kannnn......

Habis tentang SoV 48th, Alhamdulillah, keluar sahaja dari dewan, kami disambut angin kencang dan salji. 


Ya salji pertama musim sejuk kali ni... Seperti biasa, salji cantik sangat.. Tapi sejuk teramat... Angin punyalah kuat sampai kami hampir terbang. Alhamdulillah, sy ni tidaklah kurus melidi sekalipun duduk di luar negara.. Gemuk... HaHaHa... 

Till then, XOXOXO....

Saturday, November 8, 2014

Second Publication [Genome Announcement]

BismillahirRahman arRahim..

My second manuscript had just published and can be assessed online. Alhamdulillah....

Post it here for you guys.


Draft Genome Sequences of Two Vibrionaceae Species, Vibrio ponticus C121 and Photobacterium aphoticum C119, Isolated as Coral Reef Microbiota.


click the title above to assess the full text

Till then.. bye... May Allah bless.


Sunday, November 2, 2014

dociledaisy.blogspot is now public

BismillahirRahman arRahim..

Malam ini, sy mulai mengumumkan "dociledaisy" kepada sahabat karib dan ahli keluarga. Disebabkan insiden FB (dengan izin Allah juga ia berlaku), sy lebih kerap update blog. Semoga manfaatnya lebih besar.

Saat menelusuri blog sendiri, sy teringat semula niat ke Jepun. Berkali-kali sy mengulang, "ごめんなさい Ya Allah, わすれました" (maaf Ya Allah, hamba lupa)...

Aku lupa... Aku lupa banyak perkara. Aku lupa dan Dia ingatkan semula. Tuhan yang Maha Cinta.

Aku yang diingatkan. Hakodate- 02/11/2014

A sister from Muroran

BismillahirRahman arRahim...

It's sisters' day out!!!


Ismah, Zahrah dan sy naik jitensya.
Allahu... Adik yang kini berada di tahun 3 di Muroran telah datang melawat kami (sy dan Zahrah di Hakodate)... Alhamdulillah.

Ismah stay semalaman dirumah sy. Asalnya sy agak keberatan untuk menjemput Ismah ke rumah sy yg "besar" sangat tu. Tapi sy fikir x mengapalah. Rupanya rumah Ismah di Muroran jauh lebih kecil.. Alhamdulillah, tidak lah sy malu lagi setelah Ismah menerangkan keadaannya di Muroran.

Alhamdulillah. Semalam, kami berdua ke su-pa berdekatan (lebih kurang 30 min juga berjalan kaki dalam hujan) untuk beli bahan2 tomyam. Kebetulan hari Khamis lalu, Jay-san (thai-jin) dari kelas nihongo sy di Youth Center ada beri sedikit bahan2 fresh untuk buat tomyam. Jadi sy berniat nak jamu mereka tomyam. Dalam hujan, tega kami berjalan kaki dan Ismah pula yang menjadi tourist sy. Dia kenalkan sy kpd kedai2 yg murah yg juga ada di Muroran. Katanya kebanyakan kedai2 di Hakodate jauh lebih besar dan keseluruhannya Hakodate jauh lebih seronok dari Muroran. 

Kami bercerita semalaman dan terlena. Pagi ni terjaga saja, kami sarapan bersama (teh panas, roti canai frozen M'sia cecah sambal sardin) dan kemudian zahrah pun datang dr Yunokawa. Asalnya Ismah nak buat usrah bersama. Tapi ada kekangan yg xdpt nk elak, jadi sementara mereka bercerita, sy mula memasak. Menu makan tengahari, tomyam campur, nasi putih, ikan selar goreng, sambal belacan dan telur dadar. Makan dalam cuaca sejuk, memang mantap. Allah, sungguhlah makan berjemaah lebih seronok.

Kemudian kami decided nak pi Goryokaku koen (taman Goryokaku) untuk lihat momiji (daun luruh). Seronok tak tahu nak cakap. Berbasikal bersama2 walau perjalanan lebih kurang 40 min tapi masih terasa gembira teramat. Lebih gembira, daun luruhnya sangat cantik. Subhanallah, Allah yg Maha Cantik. 

cuaca kurang baik. sedikit mendung.







Sy gembira sekali. Kekecewaan dan kesedihan kerana beberapa perkara hilang dibawa angin sejuk Hakodate. Hakodate, tempat yang pasti sy rindui apabila pulang setelah tamat belajar kelak. Tempat yg mentarbiyah sy (dengan izin Allah) dengan berbagai cara dan pengalaman. Tempat yang sy berdoa agar menjadi tempat yg Allah rahmati bersama isinya.

May Allah bless this ukhwah. Ukhuwah fillah.