Sunday, December 14, 2014

Snowy hakodate

bismillah..

Again, praise to Allah almighty for this wonderful journey of living abroad..
It's winter people!!! Yeay!!! ........ And No!!!..
Hahaha...
I always love winter for its beautiful soft white snow. But hate it for its coldness...
This year, snow came a bit early and heavy!!!
Literally heavy snow..

And freezing cold. Today, my hand almost frozen because i did not wear glove... Sigh...
Anyway... Here's the photos to prove how heavy it is this year...



And... I'm planning to go to "hakodate christmas fantasy"... :)... Will post the photos later ok...
Bye...

Tuesday, November 18, 2014

The most hectic day

BismillahirRahman arRahim..

Today really is a hectic day for me. Esok nak balik M'sia tapi hari ni masih banyak kerja berbaki. Ditambah pula kerja2 baito (sebagai TA) dan memunggah barang2 lab (kerana lab nak pindah bulan December ni)... Mentally and physically exhausted. I really need a vacation and going back tomorrow is a bless.

Tapi sebenarnya yang paling memenatkan bila experiment aku yang tak seperti diharapkan. Bakteria yang sepatutnya aku hantar ke Mexico and Japan Culture Collection seolah tidak mahu bertumbuh dengan baik. Kecil sahaja koloni tidak seperti selalu. Stress sangat. 

Bacteria tu sepatutnya begini... Tapi td dia tak tumbuh sepertinya.. sedih sngat..



Semoga Allah bantu.. Letih... 

Thursday, November 13, 2014

The 48th Symposium of Vibrio and First snow

Bismillah...

Allahu.. Kepenatan setelah 2 hari menadah telinga mendengar segala latest research on Vibrio. Yang memenatkan tu bila hampir kesemua presenter adalah nihonjin dan mereka membentangkan dalam bahasa Jepun. Semalam, jam 6 petang sy dah tak berdaya lagi dah. Rasa pening dan nak muntah.. Mujur saja tak muntah...

Tapi ya, kalau tanya sy, sy bersyukur sgt dapat belajar di Jepun ni. Especially bawah seliaan sensei sy tu. Dan kalau boleh sy buat sedikit remark tentang SoV 48th yang baru sahaja berakhir hari ini, sy boleh cakap, "sugoiiiii".. Research mereka sudah mencapai satu tahap yang mana mereka sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan researchers barat... Jujur ya, research mereka hebat tanpa perlu fasih berbahasa Inggeris... Apa alasan kita untuk tidak menjadi hebat????



Gambar dalam dewan. Disebabkan sensei jadi chairman, maka kami automatically jd committee (tp sy x buat apa pun). 

Bukti lain mereka ni hebat bila salah seorang lab member sy yang kini sedang menyelesaikan D3 nya telah pun dilamar oleh sebuat institut engineering terbesar di Brazil. Allahu, hebat yang amat.. Tapi kalau kita bercakap bahasa Inggeris dengan mereka, bukan sahaja grammar hancur, malah mereka susah nak reply. Hairan ke tidak?. Tapi sy rasa Allah just create another reason for me to be great. Kannnn......

Habis tentang SoV 48th, Alhamdulillah, keluar sahaja dari dewan, kami disambut angin kencang dan salji. 


Ya salji pertama musim sejuk kali ni... Seperti biasa, salji cantik sangat.. Tapi sejuk teramat... Angin punyalah kuat sampai kami hampir terbang. Alhamdulillah, sy ni tidaklah kurus melidi sekalipun duduk di luar negara.. Gemuk... HaHaHa... 

Till then, XOXOXO....

Saturday, November 8, 2014

Second Publication [Genome Announcement]

BismillahirRahman arRahim..

My second manuscript had just published and can be assessed online. Alhamdulillah....

Post it here for you guys.


Draft Genome Sequences of Two Vibrionaceae Species, Vibrio ponticus C121 and Photobacterium aphoticum C119, Isolated as Coral Reef Microbiota.


click the title above to assess the full text

Till then.. bye... May Allah bless.


Sunday, November 2, 2014

dociledaisy.blogspot is now public

BismillahirRahman arRahim..

Malam ini, sy mulai mengumumkan "dociledaisy" kepada sahabat karib dan ahli keluarga. Disebabkan insiden FB (dengan izin Allah juga ia berlaku), sy lebih kerap update blog. Semoga manfaatnya lebih besar.

Saat menelusuri blog sendiri, sy teringat semula niat ke Jepun. Berkali-kali sy mengulang, "ごめんなさい Ya Allah, わすれました" (maaf Ya Allah, hamba lupa)...

Aku lupa... Aku lupa banyak perkara. Aku lupa dan Dia ingatkan semula. Tuhan yang Maha Cinta.

Aku yang diingatkan. Hakodate- 02/11/2014

A sister from Muroran

BismillahirRahman arRahim...

It's sisters' day out!!!


Ismah, Zahrah dan sy naik jitensya.
Allahu... Adik yang kini berada di tahun 3 di Muroran telah datang melawat kami (sy dan Zahrah di Hakodate)... Alhamdulillah.

Ismah stay semalaman dirumah sy. Asalnya sy agak keberatan untuk menjemput Ismah ke rumah sy yg "besar" sangat tu. Tapi sy fikir x mengapalah. Rupanya rumah Ismah di Muroran jauh lebih kecil.. Alhamdulillah, tidak lah sy malu lagi setelah Ismah menerangkan keadaannya di Muroran.

Alhamdulillah. Semalam, kami berdua ke su-pa berdekatan (lebih kurang 30 min juga berjalan kaki dalam hujan) untuk beli bahan2 tomyam. Kebetulan hari Khamis lalu, Jay-san (thai-jin) dari kelas nihongo sy di Youth Center ada beri sedikit bahan2 fresh untuk buat tomyam. Jadi sy berniat nak jamu mereka tomyam. Dalam hujan, tega kami berjalan kaki dan Ismah pula yang menjadi tourist sy. Dia kenalkan sy kpd kedai2 yg murah yg juga ada di Muroran. Katanya kebanyakan kedai2 di Hakodate jauh lebih besar dan keseluruhannya Hakodate jauh lebih seronok dari Muroran. 

Kami bercerita semalaman dan terlena. Pagi ni terjaga saja, kami sarapan bersama (teh panas, roti canai frozen M'sia cecah sambal sardin) dan kemudian zahrah pun datang dr Yunokawa. Asalnya Ismah nak buat usrah bersama. Tapi ada kekangan yg xdpt nk elak, jadi sementara mereka bercerita, sy mula memasak. Menu makan tengahari, tomyam campur, nasi putih, ikan selar goreng, sambal belacan dan telur dadar. Makan dalam cuaca sejuk, memang mantap. Allah, sungguhlah makan berjemaah lebih seronok.

Kemudian kami decided nak pi Goryokaku koen (taman Goryokaku) untuk lihat momiji (daun luruh). Seronok tak tahu nak cakap. Berbasikal bersama2 walau perjalanan lebih kurang 40 min tapi masih terasa gembira teramat. Lebih gembira, daun luruhnya sangat cantik. Subhanallah, Allah yg Maha Cantik. 

cuaca kurang baik. sedikit mendung.







Sy gembira sekali. Kekecewaan dan kesedihan kerana beberapa perkara hilang dibawa angin sejuk Hakodate. Hakodate, tempat yang pasti sy rindui apabila pulang setelah tamat belajar kelak. Tempat yg mentarbiyah sy (dengan izin Allah) dengan berbagai cara dan pengalaman. Tempat yang sy berdoa agar menjadi tempat yg Allah rahmati bersama isinya.

May Allah bless this ukhwah. Ukhuwah fillah.

Friday, October 31, 2014

日本語のノート 1

BismillahirRahman ArRahim....

これは いちばん ノートです。
せんせんしゅう、日本語スピーチのはっぴょうかいを でました。
これは このあいだの スピーチのスクリプトと ビデオ です。見てください。。。

どうぞ。。

スクリプト!!!
(the script)!!!

[日本語スピーチのスクリプト(日本語 と わたし)



日本語は むずかしい ですね! ほかの人は  わかりませんが、すくなくとも わたしにとっては むずかしいん です。 日本語を がんばって べんきょうしたい という きもちは さいしょから あったのですが じっさいに はじめてみると おもっていた いじょうに どりょくが ひつようでした。 りゆうが あって おもうように できなかったんです。 ひとつめは、ひらがな、カタカナ、かんじが あること です。 その なかで、ひらがなが いちばん かんたんです。
でも カタカナを おぼえ はじめた とき、ときどき こんどうしました。 それが 日本語の べんきょうの はじまり でした
ふたつめの もんだいは よめるけど ことばの いみが わからなかったことです。 それで、じしょにと くびったけに なりました。 でも おなじ おとで いみが ちがうことばに なやまされました。ある とき、おもしろい ツイッターを みつけました。がいこくじんと さかなやさんの かいわです。

[Foreigner speaking English]: How much?
[Fish monger]: はまち じゃねよ!マグロ だよ。。
[Foreigner is asking again]: How much?
[Fish monger]: はまち じゃね!マグロだっつてんだろ!
Foreigner switching to Japanese. これ、いくらですか?
[Fish monger]: いくら じゃねよ!マグロだっつてんだろ

おもしろいですよね。 さかなやさんの かんちがいを だれが そうぞうできるでしょう。
でも それが 日本語 なんです。わたしにとって 日本語が むずかしけど おもしろいです。

せんだいに いる ともだちが わたしに いいました。「わたしたちは にほんに 日本語の べんきょうをしに きたわけじゃない。 かいようせいぶつの ちょうさの ためにきたんだよ。」でも わたしに とっては 日本語を べんきょうする ことが たのしみになったんです。
いっしゅうかんに いっかい いそがしい だいがく せいかつから はなれる ことが できるし、ほかの がいこくじんと あって、はなしたり わらったり できるし クラスでの ちょっとした まちがいも たのしめます。

日本での せいかつは かんたんじゃありませんが、日本語を べんきょうする ことは そんな いそがしい せいかつから かいほうされます。それに だいがくのせんせいや みなさんが わたしと にほんごでの かいわを たのしんで くれているので いつも がんばる ことが できます。これからも みなさんと たのしく日本語で おはなし したいです。 きょうは きいてくださって ありがとうございました。]


ビデオは、これ!
(video is here)


じゃ、またね。

Credit: <please contact me, so that I can give a proper credit to you> I forgot. ごめんなさい。


千と千尋の神隠し (spirited away) - nihongo challenge.

BismillahirRahman arRahim

Pernah tak sy cerita yang sy sangat sukakan cerita "Studio Ghibli"?. And my most favorite is "千と千尋の神隠し" atau dalam bahasa Inggeris nya "Spirited Away". 


Sukanya sy pada anime yg satu ini sehingga sy pernah buat sebuah web page khas untuk memperkenalkan anime ini semasa sy masih belajar di Kolej Matrikulasi Seremban. Sebenarnya, web page tu merupakan salah satu assignment untuk kelas dinamika. Kelas yang mana kami harus belajar menggunakan komputer. Almaklum, waktu itu baru tahun 2004-2005. Kami baru saja pandai menggunakan internet. Hehehehe.. terkenang.. berapa pantas masa berlalu....

Owh berbalik cerita Spirited Away ni, sy pernah post tentang sy melawat Jiufen, Taiwan. Tempat yang diadaptasi dalam anime ini. (Boleh rujuk disini)....

tea house yang hanya serve tea.. kononnya ade sikit2 diadaptasi ke dalam anime tu.

hurmm... sy ni sedang belajar bahasa Jepun..... dah genap setahun pergi kelas setiap minggu... sy cuma boleh agak2 prestasi sy sbb setiap kali cuba bercakap masih tergagap2.. tapi ya, bila difikir2, sy ni rasanya sudah mula faham apa yg org cakap... ya.. sy sudah boleh faham... Alhamdulillah kan.. bukan apa, bila dah boleh faham bahasa Jepun tu, xle terlalu rasa lonely. Boleh menyampuk2 sedikit waktu org bercakap... Owh ye, berbalik (lagi) ke anime... sy mmg suke sangat... Tapi tak pernah terfikir nak tengok cerita spirited away ni tanpa subtitle. Tapi malam ni sy cuba menonton tanpa subtitle... Tahu apa???? 日本語 わかりました。。やった!(sy boleh faham... seronoknya, Alhamdulillah)..

Semoga sy terus belajar dan dimudahkan Allah untuk faham. Amin ya Rabb!!

Winter is coming.. かも。。。

BismillahirRahman arRahim...

I guess, the winter is coming...
This morning, in my way to school (just take 3 minutes of walking... alone... Dang!!), I was accompanied by many tiny flying bugs with fur at the bottom of their body... They are called "yuki-mushi"... In Malaysia, we have "fire-fly" right, indicating beautiful and clean place; In Hokkaido, we have yuki-mushi, indicating the winter is about to come...

Sorry, my hand is bigger than the mushi.. hahahaha...


Look closely, they do resemble "yuki"- snow. And they are beautiful (up-close, not really beautiful, but when they are flying in group, they are surely beautiful)....

I always love winter because I love snow. ALL my worries were disappeared into thin air when I see snow...

Past few days are the worst of my life since I first come to Japan. But I guess, Allah is talking to me in His way. So, I just accept it.

May Allah bless.


Sunday, October 26, 2014

Note to self 6

BismillahirRahman arRahim

Jam 10:06 mlm. Usai bercakap dengan mak abah di Malaysia.
Hampir menangis sebab seminggu dua ni ada ujian yg agak berat.
Pernah tak anda rasa terlalu syg dan hormat dengan seseorang sehingga anda rasa takut nak buat salah sbb bimbang dia akan kecewa dgn anda?

Sy rsa begitu sekarang. Rasa kesalahan yg sepatutnya tidak terlalu besar menjadi berat dan terbeban. Agaknya begitulah kasih dan cinta kita kpd makhluk. Kerana kita tahu makhluk itu pastinya punya segala sifat makhluk. Sebaik dan semulia mana pun dia, dia pasti bersifat murka dan kecewa.

Sedang kasihnya Allah itu melebihi murkanya maka kasih dan syg kita kepadanya tidaklah menjadi beban. Malah mungkin kerana kita tahu Allah itu bersifat dgn Rahman dan Rahim, kita melanggar peraturanNya. 

La hawlawala quwatailla billah.. Aku hanya abdi tuhanku.

Saturday, October 25, 2014

Hanabitaikai dan Omatsuri di Japan

BismillahirRahman ArRahim

Dengan kerinduan yang amat sangat aku mengucapkan "Selamat Hari Deepavali" kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.. 
Pagi ini saat terjaga dari tidur ( 22 Oct 2014 jam 3:15 am - waktu Jepun), aku lihat status fb rakan2 di penuhi dengan rungutan mengenai bunyi bising mercun. Situasi biasa di Malaysia ketika musim perayaan.

Jadi terfikir nak bercerita tentang "hanabitaikai" (花火大会) dan "omatsuri" (お祭り) di Jepun. Hehehe...

Cuti musim panas merupakan cuti yang ditunggu2 oleh semua rakyat Jepun. Biasanya musim panas bermula pada bulan 7 setiap tahun. Cuti musim panas dipanggil "natsu yasumi", natsu = musim panas dan yasumi = cuti. Waktu natsu yasumi inilah paling banyak omatsuri (festival) diadakan dan hanabitaikai (pertunjukan bunga api) merupakan event wajib yang menunjukkan musim panas telah bermula.  

Sememangnya masyarakat Jepun sangat sukakan festival. Mereka akan meraikan musim dingin, musim bunga, musim panas dan musim luruh setiap tahun. Setiap perubahan musim pasti ada sahaja festival yang akan berlangsung. Cumanya, bila diperhatikan, hanya musim panas sahaja yang akan ada hanabitaikai.


ala..ala..ala comeiii...


Gambar2 ketika minato matsuri dan ika odori
Hanya di festival musim panas sahajalah kita boleh melihat berbondong2 masyarakat Jepun keluar meraikannya dengan pakaian tradisi mereka "yukata". Ketika ini, kita boleh melihat baik lelaki atau perempuan mengenakan yukata dengan aksesori yang sangat cantik. Malah aku pernah melihat anjing juga mengenakan yukata. comel dan sangat kelakar.

Gambar budget comel aku dan kusuda-san.. pakai yukata lah konon.. yukata pinjam...
Berbalik kepada hanabitaikai di Jepun. Sebelum melihat sendiri pertunjukan bunga api tu, aku pernah menonton drama mengenai hanabitaikai ketika aku masih di Malaysia. Rupanya memang benar yang mereka telah berbulan2 bersedia sebelum melakukan pertunjukan tersebut. Dan  yang menariknya, mereka buat sendiri bunga api tersebut. Sebab itu, pertunjukan bunga api di Jepun sangat menarik. Setiap letusan akan menghasilkan corak yang sangat cantik hasil dari persiapan berbulan2.

Sebenarnya aku terfikir nak menulis tentang hanabitaikai ni dek kerana teringat kisah lucu kami. 

1) Hanabitaikai di Jepun biasanya bermula sekitar jam 7 mlm dan berlangsung berterusan selama hampir 1 jam. Jadi, kami akan bertolak sekitar jam 5 petang supaya dapat tempat picnic yang cantik dan selesa. Setiap tahun, event tersebut akan jatuh pada bulan Ramadhan dan biasanya kami akan bawa sekali makanan untuk berbuka. Nak di jadikan cerita, oleh kerana kak Ari mengandung, kami pun bersetuju untuk ke tempat tersebut dengan menaiki Teksi. Dek kerana kami yang "fasih" sangat berbahasa Jepun berputar2 lah teksi di satu tempat yang sama kerana tak faham instruction dan direction yang kami tunjukkan. Akhirnya, setelah  bertukar teksi barulah kami sampai ke tempat yang dituju. Dah sampai pulak, baru kami tersedar yang kami secara tak sengaja terambil 2 batang payung milik pemandu teksi yang pertama. Aduh haru sungguh. Sudahnya kami terpaksa menelefon semula ke syarikat teksi berkenaan untuk memulangkan payung tersebut. Tapi kepayahan hari tu terubat dengan cantiknya hanabi pada malam itu.

2) Situasi kedua berlaku ketika kami cuba2 nak buat hanabitaikai sendiri. HaHaHa... Kami ni kononnnya nak menggembirakan anak2 (anak kak noor, wahbah dan yusuf; anak kak ari, haidar dan aliya; anak sister nahar, nafyul). Kak noor bawa 2 peket bunga api dan mercun yang dibelinya, manakala aku datang bersama aliya dan haidar (wakil ibu mereka yang sakit kepala). Ketika itu, jam baru 9 mlm, hari ahad. Sedang main mercun berdentum-dentam tu, tiba2 datang nihonjin kat kami ckp kami x blh main lagi sbb dh pukul 9 mlm. Rupanya ada undang2 dalam masyarakat Jepun, sekalipun anak2 cuti, mereka diberi arahan dari sekolah yang mereka tak boleh keluar selepas jam 9 mlm. Begitulah masyarakat Jepun menghormati satu sama lain. Biasalah, cuti sekolah anak2 sajalah, sedang ibu bapa harus terus kerja kan. Kami ni malu alah, dok kutip balik sampah2 mercun tu dan balik ke rumah masing2. Hebatnya org Jepun ni, mereka ckp baik2. dan mereka faham yang kami ni foreigner. Cumanya kamilah yang rasa kurang selesa bila kami yang minority ni buat hal begitu di negara org. Berkali2 juga kami minta maaf dan Alhamdulillah semua selesai dgn baik.



Aku dan kawan2 lab pi makan kat Genghis-khan. Kecoq air liur dok tgk deme makan lamb tu... Bau die x boleh blah harummmmm.. syukur sensei bg aku and amin-san makan sedap juge la...

Itulah sikit kisah festival dan bunga api di Jepun. Jadi aku terfikirlah, kenapalah masyarakat kita tak boleh set waktu begitu. Saling hormat menghormati kan. Cumanya nak tegur jugalah, kita sibuk mengutuk perbuatan bangsa lain main mercun smpai tgh malam, yang kita ni bila hari raya pun kna ingat jugalah. Hurmmm.... Malaysia yang aku cintai itu dihuni berbagai bangsa dengan budaya yang berbeza yang mana mungkin tanpa sedar telah mengadaptasi "common culture". Namun, masih juga berbalah2. Mungkin sudah masanya anak2 Malaysia diberi insentif untuk ke luar negara semata untuk belajar budaya asing yang baik2 dan cuba menerapkannya ke dalam bangsa sendiri.


Till then, may Allah bless us.

日本語 スピーチの 発表会- nihongo speech

BismillahirRahman arRahim...

Alhamdulillah, baru pulang dari menyertai nihongo speech.

Gambar atas ketika "membaca" speech.


Ye.. sy ni yang x pandai bahasa jepun ni join speech sempena festival di Youth Centre (tempat sy belajar bahasa Jepun di Hakodate ni).

Actually, sy ni student yg tak berapa rajin dan tak pula berapa malas. Tapi setiap minggu pasti sy cuba sedaya upaya untuk ke kelas. malangnya, kebanyakan waktu cuma datang menghadiri, sudahnya balik saja ke lab, mode "research" turn on dan terpaksalah baca journal. Jadi tak sempat nak ulangkaji atau buat shukudai (homework). Itulah sebabnya, dah setahun belajar masih x pandai2 nak cakap. (alasan kot.. hahahaha... sila jangan percaya)

Sejak dari mula belajar bahasa Jepun ni (di Hakodate) kak Ari banyak mendorong sy. Tanpa dia sedar mungkin. Sy masih ingat musim luruh tahun lalu, kak Ari join speech ni kali pertama. Cerita tentang wanita muslim. Masa tu sy nekad tahun dpn (2014) mesti nak join juga. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan juga. Cumanya, sy memang x sempat nak menghafal, jadi sy cuma baca. 

Owh, nanti sy letak video kat sini. Sekarang ni internet slow sangat. Dan text dalam bahasa Jepun sy akan update juga di blog sbb sy bercadang nak buat satu slot lagi di blog ni. Slot "日本語の ノート" (nota bahasa Jepun).

Habis present tadi, sensei sy datang dan cakap "umai".. hahahaha... ureshiii.... Ingatkan umai untuk makanan je. Umai ni (rasanya) bahasa pasar mereka nak ckp sesuatu tu bagus atau sedap.
Thanks to sensei2 di Youth Centre yang tolong sy translate script tu. Kemudiannya sy prektis pula dengan kawan2 lab... Allah, baiknya tuhan sy, bagi sy kawan2 yg baik juga...
(tiba2 rasa terharu sbb dh x lama x menyebut2 pemberian Allah pd sy. Sebenarnya mmg tujuan blog ni untuk menyebut2 nikmat Allah kepada sy. Maaf kan hamba ya Allah...)
Kawan saya siap betulkan ayat saya dan rakam suara mereka untuk sy buat rujukan.
Endo san, Kusuda san and Ama chan, 本当に ありがとうございました。

endo-san

Ama-chan and kusuda-san

Till then, may Allah guide and please with us.

Tuesday, October 21, 2014

Hujan Emas di Jepun

Bismillahirrahman arRahim

Setelah setahun (lebih) lamanya duduk di Jepun, barulah terfikir nak buat entry tentang perbandingan harga barangan antara Malaysia tercinta dengan Jepun. (Tu pun sbb terbaca blog ex-classmate yang kini menetap di Reading, UK). Biasalah aku ni mmg "rajin" sgt menulis blog. :p

Jujur, aku suka membeli belah kat Jepun. Asalnya dulu aku ni setiap kali beli barang mesti convert to RM dan lama2 dah xbuat gitu dah. Walaupun niat asal  tak mahu compare, tp kdg2 tak sengaja ter"compare" juga dengan negara sendiri. 

Di Jepun nilai 1000 yen boleh ditukar lebih kurang rm30 dan boleh dapat macam2 barang dapur. Kalau di sini, aku anggap 100 yen tu mcm rm1 di M'sia sebab nilai belian dia seperti itu. 
Cth: 100 yen boleh dpt seikat sawi... So 1000 yen tu mcm rm10 la. Ada sekali sekala, ikan satu pack (dipotong2) harganya cuma 180 yen (ikut nilai sbnr =rm4- rm5, tapi jika ikut nilai belian = rm1.80).. 
Matawang M'sia sebenarnya jauh lebih kecil, tapi kalau di M'sia rm30 sudah susut nilai beliannya. Sekiranya keluar shopping dengan rm30 pastinya cuma dapat beberapa barang saja. Sebagai contoh, sawi seikat rasanya sudah tidak rm1 lagi kan... 
Atau ambil contoh ikan tadi, sekali pun ikut nilai sebenar, bukankah jauh lebih murah? Ikan rm4/5... Ada lagi, Udang besar 5 ekor 289 yen = rm 2.89 (nilai belian).. Minyak 1 botol 1.5L dalam 300 yen = rm3.00 (nilai belian).. Air kotak coklat vanhouten 1L, 140 yen = rm1.40 (nilai belian)...

Tengoklah tu. Duduk sorang tapi bukan main lagi beli nya. tak cukup bakul, siap pakai kotak lagi.

Maaf cakaplah, sememangnya x mahu compare tp xsengaja tercompare juga.
Terkadang, mendengar keluh kesah graduan gaji rm1500 (starting swasta) kasihan pun ada. 
Ada yang mencadangkan agar berjimat cermat (yang mana aku setuju 120%), tapi kenyataannya dengan gaji sebegitu, bagaimanalah mereka nak berjimat. 
Sewa rumah sahaja sekitar putrajaya, puchong paling murah pun sudah meningkat ke rm500-600. Kenyataan pahit yang harus ditelan. Mahu tak mahu, kita tak dapat lagi nak menafikan bahawa taraf hidup di Msia sudah agak tinggi. 

Terjumpa sos halal dari Thailand bukan main girang rasa hati
Jujurnya, aku tidaklah terlalu terkesan dengan kenaikan taraf hidup ni. Sebab selama aku di Msia, dengan gaji rm2500/bulan aku masih mampu menyimpan. Aku masih menetap di rumah keluarga atau dulu semasa masih belajar di peringkat master, dengan biasiswa rm1500/bulan aku menyewa bilik hostel di UPM tu. Tapi tidak dapat tidak aku terpaksa mengiyakan keluh kesah orang lain...

Lagi cerita tentang duit dan jepun. Di Jepun, kami (org jepun dan foreigner) memang wajib bayar insurance 2000 yen =rm60 per bulan. Service kesihatan (menurut kawan2 aku sbb aku tak pernah sakit lagi, Alhamdulillah) memang tip top. Setiap kali kami ke pusat rawatan/hospital kami cuma bayar 30% dari nilai sebenar sebab 70% lagi national insurance cover. Dh tu ibu2 mngandung dan bersalin free je. Untuk setiap anak2, kerajaan jepun bagi duit belanja bulanan sampai mereka berumur 18 thun (klu x silap). Ini termasuk juga anak foreigner. Baby smpai umur 3 thun dapat 15k yen/bln dan yang lain dapat 10k yen/bulan. 

Amount biasa ntuk aku sorang. Orang dok luar negara kurus, aku gemuk... =P

Apapun, seperti kata orang2 tua "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baiklah di negeri sendiri". InsyaAllah, mungkin semua di Malaysia juga sedang berusaha membaik pulih ekonomi negara. Afterall, M'sia ni kaya tau... Bless Malaysia.. InsyaAllah..


Barangan M'sia yang di jual di local su-pa. Pasti beli lah!!


Tuesday, October 7, 2014

1st year!!! おめでとう!!!

Bismillah...
Tanggal 27hb Sept yg lalu, genaplah setahun kembara ilmu sy di bumi Jepun..
Praise to Allah for that..
It's been a blissful year with so many achievements..
Had published 2 papers, attended conferences (baito and participant), submitted 3 more papers, won an award etc..
this journey is worth every single cent I spent and risk I took.
May Allah bless.

This short video is for me to remind myself later in the future.. this blog is specially made for future me.. so that no matter how far I go, I still hold the ground.. my own ground...
Amin..


Friday, August 15, 2014

Mulakan langkah pertama

Bismillah ar-rahman ar-rahim

Lama x update blog... kehidupan.. sibuk x sudah..
ni ada yang nak dileterkan, barulah jari jemari halus i ni mula menari2 di atas keyboard ni ha... 

August 2014 ni adalah bulan yg paling sibuk buat sy...
1. experiment yang makan masa seminggu sekali run - harus diulang 4-5 replicates (sy sekarang di replicate ke 4)
2. Manuscript yang tak siap2 dari pulang conference aritu.
3. Additional manuscript tentang draft genome.

Experiment yg telah masuk replicate ke-4. How i wish to finish this sebab result dari experiment ni yang akan menentukan jalan cerita thesis sy nanti. Maksudnya my actual PhD project cannot start without the result. sigh.... 


hurmmm... nampak macam xde apa je bagi yang tak faham.. tapi bagi yang buat research untuk menyelesaikan master atau PhD pasti tahulah bagaimana rasenya...

Letih.. terutama nak bahagikan masa untuk buat manuscript (yg mana melibatkan reading, reading, reading and writing... owh lupa analyzing data - both your own and from previous researches) dan buat research (preparing equipments, media etc.. run experiment dan akhirnya analyzing data..)..

lebih menyakitkan bila experiment sy tidak reproducible yg mengakibatkan sy terpaksa mengulang2 experiment yg sama berulang kali...

Sbenarnya pengajian sy masih berbaki 2 tahun 3 bulan. sekiranya sy extend pengajian, maka hutang MARA akan bertambah dan dgn keadaan sy yg unemployed ni, itu bukanlah perkara yg baik.. terkadang, sy merasa letih sekali... ditambah kurangnya sokongan moral di perantauan membuatkan sy terkadang terlalu beremosi.. Ada waktu, rasa macam nak muntah memikirkan kerja2 yg sangat banyak. 

Tapi... sy percaya satu perkara... ada waktu, beberapa perkara itu terlihat terlalu sukar untuk diselesaikan..
Namun, sebaik sahaja kita mulakan langkah pertama, kita pasti akan dapat rentaknya dan InsyaAllah, in no time we can finish it.

Jadi, pagi ini, August 16, 2014 - jam 1.57 pagi waktu Jepun, sy mulai langkah pertama menyiapkan manuscript ke 2 (sebab manuscript 1 tu hampir siap- tinggal bibliography je)...

Sy cuba sedaya upaya mengimbangi kehidupan dan study sy... tapi ternyata, buat masa ini study itulah life sy... Sy cuma berdoa agar Allah memberkahi usaha kecil ni...

Mohon doanya ...





Sunday, May 18, 2014

Cooking2


Bismillah ..

Just want to update few things ..
There's not much going on since returning from Taiwan ..

Tapi mungkin keadaan cuaca yang berubah dari sejuk > panas > sejuk membuatkan badan lemah sangat ..
Sekarang sedang cuba mendapatkan semula momentum untuk reading and writing manuscript.. 
Waaaahhh malas betul sekarang .. 

Juga sedang bimbang tentang bulan ramadhan yang siangnya panjang.. saat aku menulis ni aku sedang cuba berpuasa.. tapi perut aku berbunyi2 berdendang sayang.. naik malu pun ada... kata sahabat baik aku si wana tu, eloklah kalau aku start practice dari sekarang.. bayangkanlah, almost 17 hours pose.. Allah.. Semoga Allah memudahkan urusan ibadahku .. Amin ..

Sakura yang kini mulai berguguran

Owh, another update .. I dah join usrah online, 2 minggu sekali.. Starting Sabtu lepas... Makanya sabtu lepas tak dapatlah i menonton "Arashi ni syiagare"... Hahaha ..
Thanks to my bestie Cik Ct for introducing me to this usrah.. 

Ok back to original topic .. Cooking2 .. In search of the appropriate recipe for food festival Hokudai (Hakodate campus), aku pun mencubalah beberapa resepi berikut:

Pasembor
                                            
Sate
Karipap
Akhirnya decided nak buat karipap je la... simple .. malas nak fikir banyak sebab orang jepun ni banyak pulak rulesnya... tak boleh potong sayur, ikan and meat.. then, camne kami nak masak... kalau x boleh potong semua baik beli je...
ntah pape ntah.. hahaha..
tapi nasib diorg ni baik... lepas discuss elok2 diorg benarkan kami potong memotong..

Dan juga.. stall kami ni actually gabungan Malaysia and Indonesia...
Menu kami:
1) three fillings authentic Malaysian Karipap (poyo je nama, rupa x semegah mana pun..hahaha)
2) Es Kopyor
3) Dadar gulung coklat

Ahad ni kami decide nak praktis masak.. main masak2 mcm masa kecil2 dulu..
nanti i update rupa masakan kitorang ye...

Ok, till then.. bye..bye..

Monday, May 12, 2014

Another postponed entry: My first publication (as co-author)

Bismillah...

Publishing a manuscript is really a great deal for graduate students.

Praise to Allah Almighty, my first paper in Hokkaido University was published and available online last 26 March. The paper can be access by clicking the authors' name below: 

Enhanced hydrogen production by a newly described heterotrophic marine bacterium, Vibrio tritonius strain AM2, using seaweed as the feedstock



  • Yuta Matsumura
  • Kazumichi Sato
  • Nurhidayu Al-saari
  • Satoshi Nakagawa
  • Tomoo Sawabe

  • Sorry, though i have a copy of mine, i cannot post it here. Some publication rules or something...



  • here's the abstract for the paper:


  • To achieve more stable bio-hydrogen (bioH2) production from non-food feedstocks, stable feedstock preparations of marine biomass and an efficient bioH2 system using marine bacteria under saline conditions are two important key technologies that needed to be developed.Vibrio tritoniusstrain AM2, which was isolated from the gut of a marine invertebrate, was cultured under various conditions in marine broth (at initial 2.25% (w/v) NaCl) supplemented with mannitol, a seaweed carbohydrate, to evaluate its hydrogen production. The maximum molar yield of bioH2was recorded as 1.7 mol H2/mol mannitol at pH 6 and 37 C. The mannitol-grown cells had higher yields of bioH2than the glucose-grown cells in the pH range 5.5e7.5. Compared to glucose, mannitol might be a better substrate for bioH2production using strain AM2. Fermentation product profiling revealed that strain
    AM2 might be utilising the formate-hydrogen pathway for bioH2production. Furthermore, strain AM2 was able to produce hydrogen from powdered brown macroalgae containing 31.1% dry weight of mannitol. The molar yield of hydrogen reached 1.6 mol H2/mol mannitol contained in the seaweed feedstock. In conclusion, strain AM2 has the ability to produce hydrogen from mannitol with high yields even under saline conditions.

  • Have fun reading.... XOXOXO