Friday, October 31, 2014

千と千尋の神隠し (spirited away) - nihongo challenge.

BismillahirRahman arRahim

Pernah tak sy cerita yang sy sangat sukakan cerita "Studio Ghibli"?. And my most favorite is "千と千尋の神隠し" atau dalam bahasa Inggeris nya "Spirited Away". 


Sukanya sy pada anime yg satu ini sehingga sy pernah buat sebuah web page khas untuk memperkenalkan anime ini semasa sy masih belajar di Kolej Matrikulasi Seremban. Sebenarnya, web page tu merupakan salah satu assignment untuk kelas dinamika. Kelas yang mana kami harus belajar menggunakan komputer. Almaklum, waktu itu baru tahun 2004-2005. Kami baru saja pandai menggunakan internet. Hehehehe.. terkenang.. berapa pantas masa berlalu....

Owh berbalik cerita Spirited Away ni, sy pernah post tentang sy melawat Jiufen, Taiwan. Tempat yang diadaptasi dalam anime ini. (Boleh rujuk disini)....

tea house yang hanya serve tea.. kononnya ade sikit2 diadaptasi ke dalam anime tu.

hurmm... sy ni sedang belajar bahasa Jepun..... dah genap setahun pergi kelas setiap minggu... sy cuma boleh agak2 prestasi sy sbb setiap kali cuba bercakap masih tergagap2.. tapi ya, bila difikir2, sy ni rasanya sudah mula faham apa yg org cakap... ya.. sy sudah boleh faham... Alhamdulillah kan.. bukan apa, bila dah boleh faham bahasa Jepun tu, xle terlalu rasa lonely. Boleh menyampuk2 sedikit waktu org bercakap... Owh ye, berbalik (lagi) ke anime... sy mmg suke sangat... Tapi tak pernah terfikir nak tengok cerita spirited away ni tanpa subtitle. Tapi malam ni sy cuba menonton tanpa subtitle... Tahu apa???? 日本語 わかりました。。やった!(sy boleh faham... seronoknya, Alhamdulillah)..

Semoga sy terus belajar dan dimudahkan Allah untuk faham. Amin ya Rabb!!

No comments:

Post a Comment