Saturday, October 25, 2014

Hanabitaikai dan Omatsuri di Japan

BismillahirRahman ArRahim

Dengan kerinduan yang amat sangat aku mengucapkan "Selamat Hari Deepavali" kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.. 
Pagi ini saat terjaga dari tidur ( 22 Oct 2014 jam 3:15 am - waktu Jepun), aku lihat status fb rakan2 di penuhi dengan rungutan mengenai bunyi bising mercun. Situasi biasa di Malaysia ketika musim perayaan.

Jadi terfikir nak bercerita tentang "hanabitaikai" (花火大会) dan "omatsuri" (お祭り) di Jepun. Hehehe...

Cuti musim panas merupakan cuti yang ditunggu2 oleh semua rakyat Jepun. Biasanya musim panas bermula pada bulan 7 setiap tahun. Cuti musim panas dipanggil "natsu yasumi", natsu = musim panas dan yasumi = cuti. Waktu natsu yasumi inilah paling banyak omatsuri (festival) diadakan dan hanabitaikai (pertunjukan bunga api) merupakan event wajib yang menunjukkan musim panas telah bermula.  

Sememangnya masyarakat Jepun sangat sukakan festival. Mereka akan meraikan musim dingin, musim bunga, musim panas dan musim luruh setiap tahun. Setiap perubahan musim pasti ada sahaja festival yang akan berlangsung. Cumanya, bila diperhatikan, hanya musim panas sahaja yang akan ada hanabitaikai.


ala..ala..ala comeiii...


Gambar2 ketika minato matsuri dan ika odori
Hanya di festival musim panas sahajalah kita boleh melihat berbondong2 masyarakat Jepun keluar meraikannya dengan pakaian tradisi mereka "yukata". Ketika ini, kita boleh melihat baik lelaki atau perempuan mengenakan yukata dengan aksesori yang sangat cantik. Malah aku pernah melihat anjing juga mengenakan yukata. comel dan sangat kelakar.

Gambar budget comel aku dan kusuda-san.. pakai yukata lah konon.. yukata pinjam...
Berbalik kepada hanabitaikai di Jepun. Sebelum melihat sendiri pertunjukan bunga api tu, aku pernah menonton drama mengenai hanabitaikai ketika aku masih di Malaysia. Rupanya memang benar yang mereka telah berbulan2 bersedia sebelum melakukan pertunjukan tersebut. Dan  yang menariknya, mereka buat sendiri bunga api tersebut. Sebab itu, pertunjukan bunga api di Jepun sangat menarik. Setiap letusan akan menghasilkan corak yang sangat cantik hasil dari persiapan berbulan2.

Sebenarnya aku terfikir nak menulis tentang hanabitaikai ni dek kerana teringat kisah lucu kami. 

1) Hanabitaikai di Jepun biasanya bermula sekitar jam 7 mlm dan berlangsung berterusan selama hampir 1 jam. Jadi, kami akan bertolak sekitar jam 5 petang supaya dapat tempat picnic yang cantik dan selesa. Setiap tahun, event tersebut akan jatuh pada bulan Ramadhan dan biasanya kami akan bawa sekali makanan untuk berbuka. Nak di jadikan cerita, oleh kerana kak Ari mengandung, kami pun bersetuju untuk ke tempat tersebut dengan menaiki Teksi. Dek kerana kami yang "fasih" sangat berbahasa Jepun berputar2 lah teksi di satu tempat yang sama kerana tak faham instruction dan direction yang kami tunjukkan. Akhirnya, setelah  bertukar teksi barulah kami sampai ke tempat yang dituju. Dah sampai pulak, baru kami tersedar yang kami secara tak sengaja terambil 2 batang payung milik pemandu teksi yang pertama. Aduh haru sungguh. Sudahnya kami terpaksa menelefon semula ke syarikat teksi berkenaan untuk memulangkan payung tersebut. Tapi kepayahan hari tu terubat dengan cantiknya hanabi pada malam itu.

2) Situasi kedua berlaku ketika kami cuba2 nak buat hanabitaikai sendiri. HaHaHa... Kami ni kononnnya nak menggembirakan anak2 (anak kak noor, wahbah dan yusuf; anak kak ari, haidar dan aliya; anak sister nahar, nafyul). Kak noor bawa 2 peket bunga api dan mercun yang dibelinya, manakala aku datang bersama aliya dan haidar (wakil ibu mereka yang sakit kepala). Ketika itu, jam baru 9 mlm, hari ahad. Sedang main mercun berdentum-dentam tu, tiba2 datang nihonjin kat kami ckp kami x blh main lagi sbb dh pukul 9 mlm. Rupanya ada undang2 dalam masyarakat Jepun, sekalipun anak2 cuti, mereka diberi arahan dari sekolah yang mereka tak boleh keluar selepas jam 9 mlm. Begitulah masyarakat Jepun menghormati satu sama lain. Biasalah, cuti sekolah anak2 sajalah, sedang ibu bapa harus terus kerja kan. Kami ni malu alah, dok kutip balik sampah2 mercun tu dan balik ke rumah masing2. Hebatnya org Jepun ni, mereka ckp baik2. dan mereka faham yang kami ni foreigner. Cumanya kamilah yang rasa kurang selesa bila kami yang minority ni buat hal begitu di negara org. Berkali2 juga kami minta maaf dan Alhamdulillah semua selesai dgn baik.



Aku dan kawan2 lab pi makan kat Genghis-khan. Kecoq air liur dok tgk deme makan lamb tu... Bau die x boleh blah harummmmm.. syukur sensei bg aku and amin-san makan sedap juge la...

Itulah sikit kisah festival dan bunga api di Jepun. Jadi aku terfikirlah, kenapalah masyarakat kita tak boleh set waktu begitu. Saling hormat menghormati kan. Cumanya nak tegur jugalah, kita sibuk mengutuk perbuatan bangsa lain main mercun smpai tgh malam, yang kita ni bila hari raya pun kna ingat jugalah. Hurmmm.... Malaysia yang aku cintai itu dihuni berbagai bangsa dengan budaya yang berbeza yang mana mungkin tanpa sedar telah mengadaptasi "common culture". Namun, masih juga berbalah2. Mungkin sudah masanya anak2 Malaysia diberi insentif untuk ke luar negara semata untuk belajar budaya asing yang baik2 dan cuba menerapkannya ke dalam bangsa sendiri.


Till then, may Allah bless us.

No comments:

Post a Comment