Saturday, August 24, 2013

Note to self 4


Dengan nama Allah....

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ( al-Ankabut [29]: 2-3).

Ketika kau berkeputusan untuk memulakan sesuatu, kau seharusnya telah menelah bagaimana akhirnya...
kemudian, kerana kau sedar dirimu itu hanya seorang hamba, kau seharusnya menyerahkan segala usaha,  impian dan doamu itu kepada Tuhanmu..
Tuhanmu yang Maha Mendengar, Maha Cinta, Maha Kaya dan Maha segala Maha...

Biar dunia terus berkata2 kerana apabila sampai waktunya, mereka akan diam juga...
Ingat asal mu, kerana suatu masa kau pasti kembali..
Yakin janji tuhanmu, patuhi syariatNya, cintai Dia sehingga segala yang kau lakukan menjadi "Lillahi Taala"...


Sunday, August 4, 2013

1st time Backpackers (Alor Setar)


Okay then, let's make it simple because I'm too lazy busy to write everything in this blog.. =p

Coming back from our lil' backpacking trip around Alor Setar, Kedah made me realized that I'm not fit enough... 



Sangat perlu bersenam dan kurangkan makan ok!!!


wana and me in our adventurous spirit.. bluuekk...

But still, Malaysian just cannot live without these...


how can you resist these?????


Ini kali pertama kami buat backpacking dan kami decide untuk naik train.. yo.. sangatlah best ok...
sila lah explore Malaysia dengan naik train.. =)
Dari KLSentral ke Alor Setar = RM45 for upper Bed and RM51 for lower Bed.


Ye betul.. mmg ada surau dalam train tu.. so xde alasan nk tinggal solat ok...
Katil.. OK je.. sy puas hati la..boleh lah tidur 4-5 jam tak sakit badan..

Sampai di Alor Setar, kami decided untuk ambil taxi dan terus ke Fuller Hotel. Check-in sepatutnya pukul 2 petang, tapi sebab tak ramai orang jadi kami dapat check-in pukul 11 pagi. Tapi sebelum tu, kami melencong ke KOPITIAM untuk breakfast... 
macam2 pilihan ada kat sini.. tinggal pilih je..


Secara jujurnya, perjalanan 2 hari 3 mlm kami di Alor adalah OK-OK saje..
Banyak tempat kami pergi, tapi Alor setar boleh dikategorikan sebagai tempat yg menarik tetapi tempat2 bersejarahnya kurang penjagaan rapi...

The most recommended places are; 
Rumah Tun Dr Mahathir

Rumah Merdeka

Muzium Alor Setar

Sedihnya, kita ni orang Malaysia sibuk nak ke luar negara.
Lupa, negara kita ni cantik juga.
Sayang kita tak kenal negara kita.

So, hari tu kami buat keputusan untuk backpack ke negeri2 lain pulak lepas ni. Tapi, biasalah, plan nye berdegor2, nak merialisasikannya tu yang ambil masa. Kami ni bukanlah berduit sangat...

Anyway, mudah2an Allah makbulkan impian kami untuk terokai satu Malaysia..

Saturday, August 3, 2013

Allahu Akbar!!!

Bismillahi Ar-rahman Ar-Rahim...

Allahu Akbar!!!
Allah itu Benar. Takdir Allah itu Benar...

Kadang, kita ni manusia selalu bila mahu sesuatu, nak cepat2 je...
Lupa, kita milik Allah... Lupa Qada' Qadar Allah...
Allah itu telah meletakkan sesuatu pada tempatnya.. Apabila sampai tempatnya, kena pada orangnya dan tepat pada waktunya, yang ditakdirkan jadi akan jadi juga...

Cuma "Kun, Fayakun"..

Baru balik BTN.

29 Julai 2013 - 02 Ogos 2013
Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy.

Alhamdulillah segala persediaan ke Hokkaido berjalan mengikut rencana Allah.
Saya kira tak dapat pergi BTN bulan Julai sebab sesi Julai dah penuh... Saya bimbang...
Syukur, dapat sahabat yang selalu ingatkan saya...
Mukmin itu hidupnya tenang kerana dia hidup bersama tuhannya..

Saya belajar untuk tenang.. Tup2, dipanggil untuk ke BTN hujung bulan Julai... 
Alhamdulillah...

Saya kenal ramai kawan baru... Masing2 dengan hala tuju berbeza, namun diharapnya untuk mencapai redha Allah semata... amin..

Kumpulan 2 yang best.. Ayark, dlm byk2 baju, baju tu yg saya pilih untuk dipakai pd hari tu... adoyai, nk marah pd diri sendiri pun sudah x berguna lagi.. =).. nmpak tua sangat... huhuhuhuhu.. T_T

Betul kata sahabat baik saya, jumpa orang, kita dapat maklumat...
Alhamdulillah diberi pencerahan mengenai beberapa perkara n InsyaAllah akan memudahkan urusan seterusnya...

Asbab kebaikan.. InsyaAllah..


Assalammua'laikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Beberapa waktu lalu, saya tak berkesempatan 'update' blog...
Alhamdulillah, hari ni dibukakan hati untuk menulis semula...

Allah.... Segala bentuk pujian hanyalah bagi Allah... Tuhan yang memiliki seluruh alam dan menggenggam setiap jiwa...

Alhamdulillah saya telah pun dapat tawaran bersyarat pinjaman MARA bagi program PASCA2013.. Alhamdulillah...

Kini saya dalam persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Hokkaido, Japan..
(Mohon agar segalanya dipermudahkan.. InsyaAllah..)

Dalam kesibukan saya menyediakan banyak perkara itu, semalam (tanggal 5 Ramadhan 1434 h) saya terfikir.. " Ya Allah, besarnya nikmatMu"...

Tanpa sedar, rupanya cita2 ke Jepun ini juga satu bentuk rahmah dari tuhan...
Asbab kepada beberapa kebaikan..
Kerana mahu ke Jepun, Allah dorongkan saya belajar mengaji, solat khusyu' dan komunikasi dengan Allah.

Namun, tetaplah juga saya seorang yang masih belajar... Masih belum pandai...
Saya berdoa agar Allah menguatkan hati saya untuk terus belajar...

Amin..Amin.. Ya Rabb...

Sungguh, jalan hidup masih panjang.