Saturday, October 25, 2014

日本語 スピーチの 発表会- nihongo speech

BismillahirRahman arRahim...

Alhamdulillah, baru pulang dari menyertai nihongo speech.

Gambar atas ketika "membaca" speech.


Ye.. sy ni yang x pandai bahasa jepun ni join speech sempena festival di Youth Centre (tempat sy belajar bahasa Jepun di Hakodate ni).

Actually, sy ni student yg tak berapa rajin dan tak pula berapa malas. Tapi setiap minggu pasti sy cuba sedaya upaya untuk ke kelas. malangnya, kebanyakan waktu cuma datang menghadiri, sudahnya balik saja ke lab, mode "research" turn on dan terpaksalah baca journal. Jadi tak sempat nak ulangkaji atau buat shukudai (homework). Itulah sebabnya, dah setahun belajar masih x pandai2 nak cakap. (alasan kot.. hahahaha... sila jangan percaya)

Sejak dari mula belajar bahasa Jepun ni (di Hakodate) kak Ari banyak mendorong sy. Tanpa dia sedar mungkin. Sy masih ingat musim luruh tahun lalu, kak Ari join speech ni kali pertama. Cerita tentang wanita muslim. Masa tu sy nekad tahun dpn (2014) mesti nak join juga. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan juga. Cumanya, sy memang x sempat nak menghafal, jadi sy cuma baca. 

Owh, nanti sy letak video kat sini. Sekarang ni internet slow sangat. Dan text dalam bahasa Jepun sy akan update juga di blog sbb sy bercadang nak buat satu slot lagi di blog ni. Slot "日本語の ノート" (nota bahasa Jepun).

Habis present tadi, sensei sy datang dan cakap "umai".. hahahaha... ureshiii.... Ingatkan umai untuk makanan je. Umai ni (rasanya) bahasa pasar mereka nak ckp sesuatu tu bagus atau sedap.
Thanks to sensei2 di Youth Centre yang tolong sy translate script tu. Kemudiannya sy prektis pula dengan kawan2 lab... Allah, baiknya tuhan sy, bagi sy kawan2 yg baik juga...
(tiba2 rasa terharu sbb dh x lama x menyebut2 pemberian Allah pd sy. Sebenarnya mmg tujuan blog ni untuk menyebut2 nikmat Allah kepada sy. Maaf kan hamba ya Allah...)
Kawan saya siap betulkan ayat saya dan rakam suara mereka untuk sy buat rujukan.
Endo san, Kusuda san and Ama chan, 本当に ありがとうございました。

endo-san

Ama-chan and kusuda-san

Till then, may Allah guide and please with us.

No comments:

Post a Comment