Bismillahirrahman arRahim
Setelah setahun (lebih) lamanya duduk di Jepun, barulah terfikir nak buat entry tentang perbandingan harga barangan antara Malaysia tercinta dengan Jepun. (Tu pun sbb terbaca blog ex-classmate yang kini menetap di Reading, UK). Biasalah aku ni mmg "rajin" sgt menulis blog. :p
Jujur, aku suka membeli belah kat Jepun. Asalnya dulu aku ni setiap kali beli barang mesti convert to RM dan lama2 dah xbuat gitu dah. Walaupun niat asal tak mahu compare, tp kdg2 tak sengaja ter"compare" juga dengan negara sendiri.
Di Jepun nilai 1000 yen boleh ditukar lebih kurang rm30 dan boleh dapat macam2 barang dapur. Kalau di sini, aku anggap 100 yen tu mcm rm1 di M'sia sebab nilai belian dia seperti itu.
Cth: 100 yen boleh dpt seikat sawi... So 1000 yen tu mcm rm10 la. Ada sekali sekala, ikan satu pack (dipotong2) harganya cuma 180 yen (ikut nilai sbnr =rm4- rm5, tapi jika ikut nilai belian = rm1.80)..
Matawang M'sia sebenarnya jauh lebih kecil, tapi kalau di M'sia rm30 sudah susut nilai beliannya. Sekiranya keluar shopping dengan rm30 pastinya cuma dapat beberapa barang saja. Sebagai contoh, sawi seikat rasanya sudah tidak rm1 lagi kan...
Atau ambil contoh ikan tadi, sekali pun ikut nilai sebenar, bukankah jauh lebih murah? Ikan rm4/5... Ada lagi, Udang besar 5 ekor 289 yen = rm 2.89 (nilai belian).. Minyak 1 botol 1.5L dalam 300 yen = rm3.00 (nilai belian).. Air kotak coklat vanhouten 1L, 140 yen = rm1.40 (nilai belian)...
Maaf cakaplah, sememangnya x mahu compare tp xsengaja tercompare juga.
Terkadang, mendengar keluh kesah graduan gaji rm1500 (starting swasta) kasihan pun ada.
Ada yang mencadangkan agar berjimat cermat (yang mana aku setuju 120%), tapi kenyataannya dengan gaji sebegitu, bagaimanalah mereka nak berjimat.
Sewa rumah sahaja sekitar putrajaya, puchong paling murah pun sudah meningkat ke rm500-600. Kenyataan pahit yang harus ditelan. Mahu tak mahu, kita tak dapat lagi nak menafikan bahawa taraf hidup di Msia sudah agak tinggi.
![]() |
| Terjumpa sos halal dari Thailand bukan main girang rasa hati |
Jujurnya, aku tidaklah terlalu terkesan dengan kenaikan taraf hidup ni. Sebab selama aku di Msia, dengan gaji rm2500/bulan aku masih mampu menyimpan. Aku masih menetap di rumah keluarga atau dulu semasa masih belajar di peringkat master, dengan biasiswa rm1500/bulan aku menyewa bilik hostel di UPM tu. Tapi tidak dapat tidak aku terpaksa mengiyakan keluh kesah orang lain...
Lagi cerita tentang duit dan jepun. Di Jepun, kami (org jepun dan foreigner) memang wajib bayar insurance 2000 yen =rm60 per bulan. Service kesihatan (menurut kawan2 aku sbb aku tak pernah sakit lagi, Alhamdulillah) memang tip top. Setiap kali kami ke pusat rawatan/hospital kami cuma bayar 30% dari nilai sebenar sebab 70% lagi national insurance cover. Dh tu ibu2 mngandung dan bersalin free je. Untuk setiap anak2, kerajaan jepun bagi duit belanja bulanan sampai mereka berumur 18 thun (klu x silap). Ini termasuk juga anak foreigner. Baby smpai umur 3 thun dapat 15k yen/bln dan yang lain dapat 10k yen/bulan.
![]() |
| Amount biasa ntuk aku sorang. Orang dok luar negara kurus, aku gemuk... =P |
Apapun, seperti kata orang2 tua "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baiklah di negeri sendiri". InsyaAllah, mungkin semua di Malaysia juga sedang berusaha membaik pulih ekonomi negara. Afterall, M'sia ni kaya tau... Bless Malaysia.. InsyaAllah..





No comments:
Post a Comment