BismillahirRahman arRahim
Jam 10:06 mlm. Usai bercakap dengan mak abah di Malaysia.
Hampir menangis sebab seminggu dua ni ada ujian yg agak berat.
Pernah tak anda rasa terlalu syg dan hormat dengan seseorang sehingga anda rasa takut nak buat salah sbb bimbang dia akan kecewa dgn anda?
Sy rsa begitu sekarang. Rasa kesalahan yg sepatutnya tidak terlalu besar menjadi berat dan terbeban. Agaknya begitulah kasih dan cinta kita kpd makhluk. Kerana kita tahu makhluk itu pastinya punya segala sifat makhluk. Sebaik dan semulia mana pun dia, dia pasti bersifat murka dan kecewa.
Sedang kasihnya Allah itu melebihi murkanya maka kasih dan syg kita kepadanya tidaklah menjadi beban. Malah mungkin kerana kita tahu Allah itu bersifat dgn Rahman dan Rahim, kita melanggar peraturanNya.
La hawlawala quwatailla billah.. Aku hanya abdi tuhanku.
No comments:
Post a Comment