Bismillah...
Allahu.. Kepenatan setelah 2 hari menadah telinga mendengar segala latest research on Vibrio. Yang memenatkan tu bila hampir kesemua presenter adalah nihonjin dan mereka membentangkan dalam bahasa Jepun. Semalam, jam 6 petang sy dah tak berdaya lagi dah. Rasa pening dan nak muntah.. Mujur saja tak muntah...
Tapi ya, kalau tanya sy, sy bersyukur sgt dapat belajar di Jepun ni. Especially bawah seliaan sensei sy tu. Dan kalau boleh sy buat sedikit remark tentang SoV 48th yang baru sahaja berakhir hari ini, sy boleh cakap, "sugoiiiii".. Research mereka sudah mencapai satu tahap yang mana mereka sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan researchers barat... Jujur ya, research mereka hebat tanpa perlu fasih berbahasa Inggeris... Apa alasan kita untuk tidak menjadi hebat????
| Gambar dalam dewan. Disebabkan sensei jadi chairman, maka kami automatically jd committee (tp sy x buat apa pun). |
Bukti lain mereka ni hebat bila salah seorang lab member sy yang kini sedang menyelesaikan D3 nya telah pun dilamar oleh sebuat institut engineering terbesar di Brazil. Allahu, hebat yang amat.. Tapi kalau kita bercakap bahasa Inggeris dengan mereka, bukan sahaja grammar hancur, malah mereka susah nak reply. Hairan ke tidak?. Tapi sy rasa Allah just create another reason for me to be great. Kannnn......
Habis tentang SoV 48th, Alhamdulillah, keluar sahaja dari dewan, kami disambut angin kencang dan salji.
Ya salji pertama musim sejuk kali ni... Seperti biasa, salji cantik sangat.. Tapi sejuk teramat... Angin punyalah kuat sampai kami hampir terbang. Alhamdulillah, sy ni tidaklah kurus melidi sekalipun duduk di luar negara.. Gemuk... HaHaHa...
Till then, XOXOXO....
No comments:
Post a Comment