Bismillah....
Ini post tentang bahasa Jepun...
Bila org tanya "macamana ko survive dok Jepun tp xpandai ckp Jepun?".. Maybe keputusan interview dengan sensei bahasa Jepun sy aritu boleh jawab soalan tu...
2-3 minggu lalu ada interview dengan sensei yg mengajar bahasa Jepun. Setelah berulang kali ke kelas selama 2 tahun (on dan off mengikut keterbatasan waktu disebabkan research phd), level bahasa jepun sy hanyalah ini...
"ヒダユさんのレベルは、中級の下です。
文を自分なりに作ることができます。簡単な身のまわりのことや社会生活に必要な事柄を処理できます。
次のことに気をつけましょう"
Sy di kategori kan di bawah intermediate level. Boleh buat simple ayat untuk survive.. Orang Msia biasanya akan tanya sy "ehhhh takkan lah xpandai ckp bahasa Jepun.. Kan dah duduk di Jepun 2 tahun"...
Kalau sy ni mmg datang untuk belajar Jepun sahaja, insyaAllah pasti boleh.. Xperlu beri sy waktu terlalu lama.. Cuma 6 bulan hingga 1 tahun, beri sy waktu cuma untuk belajar bahasa di Jepun. InsyaAllah sekarang pasti dah fasih. Tapi sy masih perlu masuk lab dan buat experiment. Sy masih perlu baca dan tulis "ronbun" (research paper). Dan yg paling "tragic" (hohoho.. Poyonya!) dalam usaha belajar bahasa Jepun ni adalah bilamana sy dipanggil msuk bilik sv dan disuruh berhenti dari blajar. Ha... Jangan tak tahu. PhD students tak perlu guna bahasa Jepun untuk research dan presentation. Jadi, ada sv yg tak suka kita ambil 2-3 jam dalam seminggu untuk ke kelas bahasa pula. Bagi mereka, lebih baiklah kau duduk di meja student tu dan baca paper or masuk lab.
Psssttt.. Tapi sy degil tau. Sy pi kelas tanpa pengetahuan dia. Sy pi kelas malam.. Naik basikal 30 min.. Hurmmm macamana agaknya nak ke kelas masa winter ni ya??? Bus lambat sangat. Kediginan menantinya~ hahaha..
Tapi sy dapat lihat juga hasil sy belajar selama 2 tahun tu. Bila travel InsyaAllah survive kalau setakat nak faham bila kena tahan dengan polis airport, nak tanya ingredients makanan dan minta tolong strangers. Sy sudah masuk level yg mana sy bisa faham kebanyakan perkataan yg mereka tuturkan. Tapi sy masih mengalami kesukaran untuk membalas..
Jadi....
Mengambil semangat Eid-adha di airport... Berkorban apa saja... :).. Sambil dengar2 lagu jepun, tulis lah sikit di kertas dan cari maknanya~ teringat pesan kawan.. Semoga kita usahakan perkara yg sama (malah seharusnya lebih lagi) untuk hal2 akhirat juga.. Jangan lupa pula.. Itu yang lagi penting sebenarnya...

No comments:
Post a Comment