Thursday, July 21, 2016

Ketika rindu menyapa

Bismillah, salam subuh dr Hakodate. Tiba2 rasa rindu menerpa. Tak sanggup nak delete blog ni.. tempat mengenang ni..

Pagi ni nak cerita tentang Hakodate, kampung sy selama 3 tahun. Tempat yg buat sy bahagia walau dalam sibuk. Tempat yg mengajar sy bahagia walau hidup minimalis. 
Sepanjang hampir 30thun usia, sy rasa sy paling bahagia disini (tolak rasa sunyi sedikit sbb sendiri), sy paling cantik (perasan sendirilah) dan hari2 sy paling indah sehingga setiap susah dan tekanan ketika menyiapkan research lebih mudah untuk disisihkan berbanding ketika di Msia.

Bagi sy org jepun paling mudah mencari tenang (tanpa melakukan ritual agama) dalam sibuk. Alam semulajadinya masyaAllah indah. Putih salji di musim sejuk, sakura dan bayu lembut di musim semi, bunyi unggas dan riang2 di musim panas, dan warna emas, merah, hijau dan kuning daun2 di musim luruh..
Gambar updated on May 2018. Rumah jiran2 di musim salju

Itu tak cerita lagi tasik yg mengeras di musim dingin dan bagaimana warna merah di kaki langit mewarnai landskap putih salju.. Salji di ranting2 pohon yg gondol mulai mengeras ketika disinari matahari, dan membentuk kristal yg sungguh indah.. Perasaan ketika salji baru mulai turun itu paling bahagia. Ketika butir lembut salji menyentuh panas kulit.. Allah indahnya... Di musim semi pula, sakura yg ditiup angin lembut jatuh berguguran seakan salju berwarna pink.. Berjatuhan menutupi jalan2 dan air sungai dan tasik.. akhir musim semi dimana pohon mulai mengeluarkan daun2nya dengan berbagai2 "shades". Di atas gunung terlihat jelas, dan paling istimewa ketika sy teliti daun muda yg baru keluar, warnanya cantik sekali dan mengingatkan sy tentang kita, kehidupan kita yg pendek dan bagaimana Allah bisa menghidupkan setelah mematikan..

Musim panas pula sedikit pendek tapi indah dek warna warni bunga2 mekar. Harum semerbak. Panasnya memang terasa sbb sy sudah terbiasa dengan suhu -10 degree di musim dingin.. Tapi bayu musim panas, sesekali menyapa, masyaAllah buat lepas segala kusut.. Ini musim paling nyaman berbasikal. Itulah, dengan basikal kuning sy itu kami ke pasaraya berpagi2 buat beli groceries. Nak mengejar harga murah.. Bahagia... Bilamana dapat beli sebiji tembikai (suika) dengan harga ¥1200. Ya, musim ini juga musim buah peach (momo).. Harum manis dan sedikit kelat rasanya...ini musim pesta dan festival. Musim keraian. Semua orang gembira. Banyak waktu ketika melewati rumah2 Jepun, terbau asap "barbecuing" sambil terdengar tawa si anak kecil dan bapanya. Allah indah ya Allah...
Musim luruh, daun2 mulai bertukar warna. Dari lab, terlihat jelas beda warna diatas gunung. Dan di akhir2 musim luruh, terlihat sedikit putih salju menutupi..

Gambar updated on 17 Mei 2018. Bunga jiran. Photo taken by mommy masa datang melawat saya di Hakodate


Aaah indahnya Jepun.. InsyaAllah mimpi sy dulu tidak silap. Sy bahagia~

No comments:

Post a Comment