BismillahirRahmanirRahim..
Ramadhan #3 ni adalah Hari yang sangat produktif bagi sy. Sy mulakan hari ke lab seperti biasa untuk sampling dan analysis. Gambar 1 itu gambar bangunan baru faculty fisheries. Cerita tentang bagaimana Jepun renovate bangunan juga boleh jadi satu entry lain. Tersangatlah kemas dan cepat. Seluruh bangunan 6 tingkat hanya ambil masa 1 thun. Dengan kami masih di dalamnya dan boleh bekerja seperti biasa. Ha hebat x org Jepun???...
Gambar ke-2 gambar cik ketam idaman. Setelah habis menge'lab', sy ke pasaraya. Saja kononnya nak beli cereals... Tapi menjenguk2 cik ketam cantik ni.. Yg ini species apa pun sy xtau sbb di hakodate ni ade bermacam2 ketam. Yg berbulu pun ada.. Yg sy teringin sangat kelmarin bersama telur2 nya itu species biasa yg kita makan di M'sia. Yg ini biasanya mereka rebus saja atau dibuat sup dan ditambah miso.. Nyum.. Nyum... wink emoticon
Seterusnya, rupa2nya di pasaraya yg sama mereka ada buat upacara memotong "maguro". Gambar 3, ikan maguro seberat 35 kg dari miyagi ken. Saje lah si "butcher" tu posing nak bagi kami tangkap gambar. Ini kali pertama sy lihat secara "live" bagaimana mereka potong ikan2 tuna yg besar2 seperti dalam tv tu. sy sorg je yg merakam.. Aiiishhh nak ceritanya, sejak 30min sebelum upacara pemotongan ikan, mereka dah announce "ni ji ni bla..bla..." (Xdapat catch-up.. Hihihi).. Upacara jam 2. Penonton gather jam 1:58 pm. Mereka bilang "ato ni fun omachikudasai" (sila tunggu lagi 2 min)... Punyalah "punctual".. Sebelum potong, mereka ramai2 tunduk hormat pada penonton. Ade sedikit "briefing" memperkenalkan ikan tersebut (hehehe), dan kemudiannya setelah dilapah, penonton bersorak dan menepun tangan. Upacara diakhiri dgn "tasting" ikan maguro fresh. Kalau xpuasa tadi mau juga sy melahapnya.. smile emoticon
Selepas tasting, mereka offer sekeping ikan maguro dgn harga ¥1000.. Kalau fresh begini biasanya mereka buat sashimi je.. Dimakan mentah bersama soy sauce. Nyum.. Nyum.. Lagi... smile emoticon
Gambar 4 dan 5, lagi tumbuhan hydroponic. Yg ini basil dgn character monyet. Rupanya dari ekor monyet tu akan bagi air kepada tumbuhan kita... Sy rasa, target pembeli dia sbenarnya adalah kanak2 tapi sy yg dah tua pun ikut tertarik. Tapi xbelilah hari ni. Malas...
Gambar terakhir, sampai kemuncak tenaga sy (hahaha), basuh cik kuning yg rantainya dh berkarat. Habis sy sental guna cuka supaya karat hilang. Kemudian diberi "lubricant".. Alhamdulillah.. Inilah kenderaan sy ke hulu ke hilir. Kalau xde cik kuning, payah juga.. Saja lah belanja selfie dgn cik kuning sbb xpernah tangkap gambar dgn dia..
Hari ni mmg plan xmasak. Makan saja apa yg tersisa semalam. Kemudian kakak sy bagi kek lagi.. Tengok tu, rezeki melimpah ruah.. "Maka nikmat tuhanmu yg manakah yg engkau dustakan?"...
Sekian...




No comments:
Post a Comment