Saturday, March 2, 2013

Kembara Cita 1


Alhamdulillah..

Saya diberi peluang ke JEPUN pada 11 Februari yang lalu untuk mengambil "entrance exam" di Hokkaido University..

Pada mulanya, hati saya ragu2 nak pergi..ye lah, beribu2 RM habis tau, bukan sikit2..
Untuk seorang yang berpendapatan sederhana dan berasal dari keluarga yang sederhana, RM1K pun banyak rasanya.. inikan pula RM7-8K semata2 untuk ambil exam... 
Allah beratnya nak buat keputusan.. hampir setiap hari berkeluh-kesah dengan Allah, mohon Allah beri petunjuk...

Alhamdulillah, melalui doa-doa yang dititipkan, rasa takut saya dijawab dengan kuatnya hati saya memulakan kembara SOLO saya yang PERTAMA.

Cinta hati saya hantar saya ke Jepun.. (termasuklah Sabrina Azmi yang takde dalam gambar)

Lagi cinta hati saya.. xoxoxoxo
 Ini kembara PERTAMA saya...
 Allah.. apalah yang saya tahu.. Jangankan ke luar negara, dalam negara pun saya tak pernah keluar sorang2.. 

Saya kuatkan semangat, bulatkan hati dan bisik pada diri bahawa Allah sentiasa ada dengan saya..
Maka, saya berlepas ke Jepun pada pukul 10:50 malam dengan tekad dan tawakal yang sangat kuat..

GO ayu!!!

No comments:

Post a Comment