Monday, February 3, 2014

Hikmah ujian berulang-ulang

In the name of Allah..

Alhamdulillah (Praise to Allah) for His Mercy..
Kira2 pukul 12.30 tengahari (waktu Jepun), aku diberitakan tentang keputusan interview yang aku hadiri bulan Disember lalu... (tak ingat rujuk sini)

Alhamdulillah, aku gagal...
hahaha..
iye, GAGAL...

Tapi aku bersyukur sekali.. Mungkin kerana ujian lalu mengajar aku bersyukur atas berita yang mendukacitakan...
Lagi pula, aku gembira sekali di sini... Alhamdulillah...

Aku tidak merasa terlalu sedih... tapi pastilah ada sedikit terkilan sebab aku sanggup balik untuk hadiri temuduga... dan aku sebenarnya bercita2 untuk menyenangkan ibuku yang masih bekerja..
Kononnya, sekiranya LULUS, aku mahu ibuku berhenti bekerja dan guna saja duit gajiku di Malaysia kerana aku sudah mencukupi dengan elaun bulanan pengajian.

Tapi apakan daya, aku hanya hamba..
Sungguh aku percaya bahawa Allah lah yang memperjalankan hidupku..

Aku terima ya Allah kerana Kau tak pernah salah..
Aku terima sepenuh hatiku..
Aku terima... =)

Credit to: https://www.facebook.com/themuslimshow





No comments:

Post a Comment