In the name of Allah
Tanggal 8 Mac 2014, Malaysia dikejutkan dengan khabar kehilangan pesawat bagi penerbangan MH370 yang dijadualkan ke Beijing.
Secara peribadi, aku yang berada beribu batu dari Malaysia juga turut merasa hiba dengan berita tersebut. Mungkin kerana duduk jauh di negara orang membuat aku oversensitive.. Sejak semalam, tanpa sedar air mata akan mengalir saat aku membaca berita mengenai kehilangan tersebut..
Allah.. Allah.. Sesungguhnya Engkau lah sebaik2 penjaga.. Berbagai spekulasi dibuat mengenai kehilangan tersebut. Saat aku menulis, pesawat tersebut masih lagi belum ditemui.. Aku tak tahu apa2 tentang aviation atau hijacking atau apa2 yg mereka speculate.. Aku cuma tahu dan yakin bahawa tuhanku itu Maha Pengasih dan Penyayang..
Tuhan aku itu Benar dan segala apa yang ditakdirkanNya juga Benar.. Maka, teruslah kita berdoa, kerana walau apa hasilnya, ingatlah bahawa Takdir Allah selalu Benar.

No comments:
Post a Comment