Thursday, July 27, 2017

Heart of a traveller

Bismillah..
Ceritera rindu..
Kebiasaan di Hakodate yang sangat saya rindui adalah berpagi2, kerana Subuhnya awal. Sekitar jam 2-3 pagi di Malaysia (average sepanjang tahun - kiraan saya..). Selesai qiam, solat subuh dan baca quran, saya mula memasak - makan pagi, bekal tengahari dan makan malam sekali harung. Jam 7 pagi, selesai semuanya, kemudian saya berjalan ke lab. Saya yang pertama datang, menyapa pak guard yg dari malam tadi bertugas dan mengambil kunci dari mereka.
"Lab mikrobiologi ya?" tanya pakcik guard.. "Ya pakcik"...
"Taihen ne... " (susah ye?) katanya lagi sebab malam tadi pun saya yang last keluar lab..
Saya senyum... Penat.. Perit.. satu badan sakit2 malam tadi.. tapi saya bahagia... sebab anehnya, selepas tidur malam yang mungkin cuma sekitar 4-5 jam itu, saya sungguh bertenaga.
Saya rindukan pagi yang nyaman dan tenang.
Sepanjang 10 bulan di Malaysia, saya busy terus.. Terus-terusan, sehingganya sudah 2-3 kali saya jatuh sakit...
Anehnya, di Jepun, sepanjang 3 tahun, cuma sekali saya ke hospital. Itu pun Dr diagnose tiada apa2. Cuma terlalu penat dan stress sebab nak hantar thesis katanya (LoL).

People wonder, kenapa saya rindu sangat hidup di Jepun? Saya juga hairan.. Tapi difikir2 balik, Jepun tempat saya benar2 berlajar berdikari. Belajar hidup sendiri yang benar2 sendiri. Belajar kenal diri (owh rupanya sy seorang introvert). Belajar conquering my fears dan banyak lagi.
Saya rindu amat...
Perhaps, japan is a home to my heart..
or maybe, my heart is longing to travel again.
the idea of facing the same struggles in foreign country is somehow soothing me.
because it's the time when i feel the closest to my Lord.
Owh, mungkin itulah.. Rindu pada Tuhan..
Rindu mendekat denganNya.
Rindu amat...
"Be in this world as if you were a stranger or a traveller" - Prophet Muhammad SAW 

No comments:

Post a Comment