Wednesday, March 13, 2013

Sneak peek: Kembara cita 3


Hehehe.. Poyo je tajuk kan.. 

Tak berkesempatan nak menulis sambungan ke Hakodate.. 
Xpe.. InsyaAllah ye.. Sebab sekarang saya sedang sibuk uruskan pinjaman MARA saya.. So arini layan gambar je ye...

weeee.. and the journey begins with ALLAH blessing (InsyaAllah)..





















Friday, March 8, 2013

Ujian dalam kembara cita


Allah... Hari ni rasa sebak sikit...
Nak menulis sambungan kembara saya ke Hakodate pun mungkin tak kesampaian hari ni.

Kembara cita saya masih diuji...
Sebenarnya biasa saja kembara saya ni diuji.. tapi hari ni mungkin terlebih sebak sbb saya kurang sihat...
Tak mengapalah... kerana Allah lebih tahu...
kerana bukan mudah untuk menggapai bintang...

Semoga Allah mudahkan urusan yang seterusnya...

"ya Allah... kuatkanlah ya Allah... kuatkanlah jiwa hamba menerima takdirMu ya Allah... semoga garisan yang memisahkan hamba dan cita2 hamba sebenarnya menjadi penyebab hamba dekat padaMu... amin.."


"Hamba mohon cintaMu Tuhan"

Saturday, March 2, 2013

Note to self 2


Ingat Ayu... Tuhan itu lebih dekat dari urat nadi mu..
Maka ketika kau rasa susahnya jalan juangmu..
 Doa sahaja ayu..

Bukankah setakat ini telah banyak doa mu yang dimakbulkan Allah?..
Doa sahaja Ayu.. Adu sahaja pada Dia...
Tuhan dengan zat yang Maha Sempurna

Ingat Dia dalam susah dan senangmu kerana Dia sentiasa ingat padamu..

di mana2 sahaja kau dapat melihat kebesaran tuhanmu

Kembara Cita 2


Sungguh Allah telah meletakkan garisan antara saya dan cita2 saya (My dream: it all started here)...
Garisan yang memerlukan kekuatan doa dan tawakal untuk merentasinya..
Garisan yang sekiranya saya lepasi memungkinkan saya untuk mengenal kebaikan Tuhan saya..
Allahu Akbar... 

Alhamdulillah, perjalanan ke Hakodate, Hokkaido (Kembara Cita 1) dimudahkan Allah Taala..
Saya tiba di Tokyo International Airport, Narita pada pukul 6.50 pagi..
Kuasa Allah, pagi tu cantik sekali.. tapi sejuk sampai ke tulang.. =)..
Owh ye, Jepun dan Malaysia bezanya 1 jam.. Jepun awal sikit...

nak ambil baggage.. sangatlah cepat sistem mereka.. saya ni dok buat apa yang org lain buat..
meliar je mata tengok keliling n tiru diorg.. diorg beratur kt immigration, beraturlah saya hehehe =p
Dari Narita, saya ambil Airport Limousine untuk ke Haneda untuk penerbangan seterusnya.. Service punyalah baik.. rupanya mereka bahagikan terminal ikut plane yang kita naik.. oleh kerana saya naik JAL, saya akan ke terminal 1.. 
Pegawai kat kaunter service minta saya tunggu di bus stop no 5...

Tiket berharga 3000 yen.. Jelas2 tulis kat situ Haneda Airport Terminal 1.. aish...
Allah..Allah.. saya ni bodoh alang.. hahaha.. saya naik je bus tu.. tiba2 bus berhenti kat terminal 1, saya dengar announcement dalam bahasa Jepun je.. yg bahasa inggeris nya saya tak perasan sebab dok membelek2 majalah dlm bus tu.. pastu bus terus jalan.. baru saya sedar tadi rasanya bus dh berhenti kat terminal 1... Allah, sepanjang perjalanan, saya ni tak senang duduk.. saya fikir, kenapa saya tak turun tadi... saya fikir xpela, baru pukul 8, kalau betul tersilap saya amek la bus lain... 
Alhamdulillah, rupanya tak salah pun.. tadi tu terminal 1 Narita.. hahahahaha.. adoyai (tepuk dahi sendiri)..

Keadaan dalam bus

Permandangan sekitar Narita airport dari dalam bus

 Selepas lebih kurang 50 min perjalanan, saya tiba di Haneda Airport.. disebabkan masih ada masa, saya dok berjalan2 dalam airport... kagum dengan semuanya.. ye lah, cita2 saya kot nak jejak kaki ke Jepun..

Haneda airport.. xle seramai di narita.. tapi besar jugak..
takut2 nak amek gambar, sbb dengarnye org jepun x suka kita amek gambar diorg...

 Jepun ada mesin self check-in sama macam kat M'sia. Oleh kerana saya tak reti, maka saya sekali lagi minta bantuan pegawai yang ada kt situ.. hehehe..

self check-in machine
dapat tiket, maka berlepaslah saya ke hakodate.


Sambung di part 3 ye.. nak breakfast...



Kembara Cita 1


Alhamdulillah..

Saya diberi peluang ke JEPUN pada 11 Februari yang lalu untuk mengambil "entrance exam" di Hokkaido University..

Pada mulanya, hati saya ragu2 nak pergi..ye lah, beribu2 RM habis tau, bukan sikit2..
Untuk seorang yang berpendapatan sederhana dan berasal dari keluarga yang sederhana, RM1K pun banyak rasanya.. inikan pula RM7-8K semata2 untuk ambil exam... 
Allah beratnya nak buat keputusan.. hampir setiap hari berkeluh-kesah dengan Allah, mohon Allah beri petunjuk...

Alhamdulillah, melalui doa-doa yang dititipkan, rasa takut saya dijawab dengan kuatnya hati saya memulakan kembara SOLO saya yang PERTAMA.

Cinta hati saya hantar saya ke Jepun.. (termasuklah Sabrina Azmi yang takde dalam gambar)

Lagi cinta hati saya.. xoxoxoxo
 Ini kembara PERTAMA saya...
 Allah.. apalah yang saya tahu.. Jangankan ke luar negara, dalam negara pun saya tak pernah keluar sorang2.. 

Saya kuatkan semangat, bulatkan hati dan bisik pada diri bahawa Allah sentiasa ada dengan saya..
Maka, saya berlepas ke Jepun pada pukul 10:50 malam dengan tekad dan tawakal yang sangat kuat..

GO ayu!!!

"Admission Form" Hokkaido University



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..

Alhamdulillah, baru pulang dari bertemu teman lama.. Alhamdulillah, diajar ilmu baru melalui teman.. 
Ilmu tawakal.. 

Kata teman, analogi nya seorang yang bertawakal adalah seperti tawakal nya seorang bayi kepada tuhannya..
Kerana tawakal nya si bayi maka dipenuhi segala keperluan hidupnya...


Allah.. meleret pula.. 
Alhamdulillah, saya baru terima borang-borang kemasukan ke Hokkaido University...

Allahuakbar!! Gembira tak tahu nak cakap masa terima surat ni.

Cita-cita selama 5 tahun hampir terlaksana (rujuk My dream: It all started here tentang cita-cita saya)
Subhanallah, sungguh Allah Maha Kuasa memakbulkan doa.. 
Bukankah Dia Zat yang Maha Kaya..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)

Nanti, saya kongsikan pula kembara solo saya ke bumi JAPAN untuk mengambil "entrance exam". InsyaAllah..

Saturday, November 3, 2012

My dream: it all started here


Cita2 untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun bermula sejak saya mengambil kelas Bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa saya masih di peringkat sarjana muda. 

Buku teks untuk "Beginner level 1 and 2"
Hurmm... 
Niat asal mahu belajar Bahasa Mandarin bertukar pula ke Bahasa Jepun sebab susahnya Bahasa Mandarin tu.. bayangkan, menyebut perkataan "ma" pun sampai ada 4 cara (4 tone berbeza).. kalau silap2 sebut, "mak" boleh jadi "kuda"... =).. 

Macam biasa, ambil subjek mesti nak lulus. Ambil subjek bahasa mesti ada ujian "speaking", "written" dan "listening".
Oleh sebab tu, tak jadilah ambil Mandarin. 
Takut gagal pula nanti.. kan tak pasal2 turun CGPA..

Mujurlah masa tu masih ada kekosongan untuk belajar Bahasa Jepun (にほんご = nihongo).. Masuk je kelas pertama, saya "ketaq" la juga melihatkan "sensei" yang tinggi dan agak2 besar tu..  
En. Redzuan Alif namanya.. tapi "sensei" cakap namanya kalau di Jepun, orang panggil "Arif" sebab "syllables" dalam "nihongo" tak ada "li" ada "ri" (リ) saje.. tu pasal dari "Alif" jadi "Arif" (アリフ).

Nak dijadikan cerita pasal "sensei" saya ni, dialah yang sebenarnya menanamkan cita2 untuk saya pergi ke Jepun. Dalam setiap kuliah, dia mesti cerita pengalamannya semasa belajar di Jepun.
Cerita tentang budaya masyarakat Jepun, cerita tentang perangai pelajar2 Malaysia di Jepun, dan macam2 lagi..
Mesti dia tak sedar, ada seorang "student" yang sangat kagum dengan cerita2 dia tu.

Hihihi.. Tengoklah tulisan Jepun saya tu.. yang sebelah kiri ye.. yang kanan tu printed.. =P


Dalam bayak2 cerita "sensei" ada satu cerita yang benar2 terkesan di hati saya sehingga saya meyakini bahawa itulah impian saya.
Saya  masih ingat, pada kelas terakhir kami, "sensei" bawa seorang "student" nya yang baru saja balik dari Jepun.. Cerita budak tu masih "fresh".. pengalaman dia adalah pengalaman yang saya harap untuk kutip dalam hidup saya dan mudah2an dapat dipersembahkan kepada Allah sebagai ibadah saat bertemuNya nanti... Saat itu saya sangat yakin, bahawa itu impian saya.. Sejak tu, sampailah sekarang, saya masih berusaha merialisasikan cita2 saya tu... sudah 5 tahun saya usahakan..

Walau masih belum tercapai, saya akan terus usaha. InsyaAllah.. kerana dalam usaha saya, saya semakin kenal sifat Tuhan saya yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Terima kasih Tuhan, beri hamba cita2 dan impian.. 

Sensei, ありがとうございますした。。。