BismillahirRahman arRahim...
It's sisters' day out!!!
| Ismah, Zahrah dan sy naik jitensya. |
Allahu... Adik yang kini berada di tahun 3 di Muroran telah datang melawat kami (sy dan Zahrah di Hakodate)... Alhamdulillah.
Ismah stay semalaman dirumah sy. Asalnya sy agak keberatan untuk menjemput Ismah ke rumah sy yg "besar" sangat tu. Tapi sy fikir x mengapalah. Rupanya rumah Ismah di Muroran jauh lebih kecil.. Alhamdulillah, tidak lah sy malu lagi setelah Ismah menerangkan keadaannya di Muroran.
Alhamdulillah. Semalam, kami berdua ke su-pa berdekatan (lebih kurang 30 min juga berjalan kaki dalam hujan) untuk beli bahan2 tomyam. Kebetulan hari Khamis lalu, Jay-san (thai-jin) dari kelas nihongo sy di Youth Center ada beri sedikit bahan2 fresh untuk buat tomyam. Jadi sy berniat nak jamu mereka tomyam. Dalam hujan, tega kami berjalan kaki dan Ismah pula yang menjadi tourist sy. Dia kenalkan sy kpd kedai2 yg murah yg juga ada di Muroran. Katanya kebanyakan kedai2 di Hakodate jauh lebih besar dan keseluruhannya Hakodate jauh lebih seronok dari Muroran.
Kami bercerita semalaman dan terlena. Pagi ni terjaga saja, kami sarapan bersama (teh panas, roti canai frozen M'sia cecah sambal sardin) dan kemudian zahrah pun datang dr Yunokawa. Asalnya Ismah nak buat usrah bersama. Tapi ada kekangan yg xdpt nk elak, jadi sementara mereka bercerita, sy mula memasak. Menu makan tengahari, tomyam campur, nasi putih, ikan selar goreng, sambal belacan dan telur dadar. Makan dalam cuaca sejuk, memang mantap. Allah, sungguhlah makan berjemaah lebih seronok.
Kemudian kami decided nak pi Goryokaku koen (taman Goryokaku) untuk lihat momiji (daun luruh). Seronok tak tahu nak cakap. Berbasikal bersama2 walau perjalanan lebih kurang 40 min tapi masih terasa gembira teramat. Lebih gembira, daun luruhnya sangat cantik. Subhanallah, Allah yg Maha Cantik.
| cuaca kurang baik. sedikit mendung. |
Sy gembira sekali. Kekecewaan dan kesedihan kerana beberapa perkara hilang dibawa angin sejuk Hakodate. Hakodate, tempat yang pasti sy rindui apabila pulang setelah tamat belajar kelak. Tempat yg mentarbiyah sy (dengan izin Allah) dengan berbagai cara dan pengalaman. Tempat yang sy berdoa agar menjadi tempat yg Allah rahmati bersama isinya.
May Allah bless this ukhwah. Ukhuwah fillah.
ko datanglah.. makan dan duduk di rumah aku... insyaAllah aku boleh bawak jalan2 dekat2 sini..
ReplyDelete